sara I | 1. = ~ hidup keperluan utk hidup (wang, makanan, dll), nafkah: suamilah yg ber-kewajiban berusaha mencari ~ hidup; 2. = wang ~ wang bantuan, wang sokongan hidup: ia mendapat ~ drpd syarikat itu; bersara 1. berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab): biasanya apabila kakitangan ini ~, mereka akan dibayar sagu hati; 2. berhenti drpd bergiat dlm sesuatu lapangan (spt kegiatan sukan): bekas juara perseorangan wanita Indonesia itu telah ~ drpd arena badminton baru-baru ini; membersarakan menyebabkan (membuat supaya) bersara: langkah ini diambil utk me-mudahkan pemimpin parti ~ Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yg difikir-kan perlu diganti; menyara menanggung sara hidup, memberi sara kpd: harta itu akan dapat ~ mereka hingga ke akhir hayat; mereka terpaksa ~ keluarga masing-masing yg berbilang mulut; saraan wang yg diberikan kpd seseorang utk membantu kehidupannya: ~ ini akan ber-panjangan sehingga ahli keluarga itu mampu berdikari; persaraan perihal (keadaan dsb) bersara, taraf atau kedudukan sudah bersara: penge-cualian cukai juga diberikan ke atas pen-dapatan drpd ~; penyaraan perihal (perbuatan, usaha dsb) me-nyara: kos ~ keluarga semakin meningkat sedangkan pendapatan mereka tidak ber-tambah; pesara orang yg sudah bersara (drpd bekerja atau berkhidmat); penyara orang yg menyara: sbg anak sulung, dia terpaksa mengambil alih tanggungjawab Almarhum ayahnya sbg ~ keluarga mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sara | 1 = ~ hidup segala yg diperlukan utk hidup (spt wang, makanan); nafkah. 2 = wang ~ wang bantuan yg diterima; wang sokongan hidup; pencen: Tiap-tiap bulan, dia menerima ~ RM250/- drpd kerajaan. ~ diri sesuatu yg cukup utk keperluan sendiri (bkn hasil tanaman dsb). bersara 1 beroleh wang sara; mendapat pencen. 2 berhenti drpd pekerjaan kerana sudah cukup masanya; berpencen. menyara menanggung sara hidup; memberi sara kpd. persaraan hal atau perbuatan bersara. penyaraan hal atau perbuatan menyara. pesara orang yg bersara. penyara orang yg menyara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersara | 1 beroleh wang sara; mendapat pencen. 2 berhenti drpd pekerjaan kerana sudah cukup masanya; berpencen. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersara | 1. berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab): biasanya apabila kakitangan ini ~, mereka akan dibayar sagu hati; 2. berhenti drpd bergiat dlm sesuatu lapangan (spt kegiatan sukan): bekas juara perseorangan wanita Indonesia itu telah ~ drpd arena badminton baru-baru ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersara | 1 beroleh wang sara; mendapat pencen. | Kamus Pelajar |
pencen | (péncén) 1. bayaran tetap bulanan yg dibuat oleh kerajaan atau majikan kpd bekas pekerjanya yg telah bersara: Raja Yi telah diberi ~ yg agak banyak juga; 2. tidak bekerja lagi tetapi mendapat wang sara: ia sudah terlalu tua utk menghadapi soal baharu ini, barangkali dia akan minta ~; berpencen mendapat pencen apabila bersara (berhenti kerja): jawatan ini tetap dan ~; memencenkan memberhentikan kerja dgn diberi pencen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencen | /péncén/ 1 wang yg diterima pd tiap-tiap bulan sesudah berhenti kerja (kerana telah sampai umur bersara dll): Bapa saya mendapat ~ RM1000.00 tiap-tiap bulan. 2 sudah tidak bekerja lagi tetapi mendapat wang sara pd tiap-tiap bulan: Apa rancangan saudara apabila ~ nanti? berpencen mendapat pencen apabila berhenti kerja: Jawatan ini tetap dan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
caruman | 1. bayaran dr semasa ke semasa (kpd kumpulan wang bersama dll), yuran; 2. sumbangan bulanan menerusi potongan gaji kpd Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (utk membiayai keperluan selepas bersara); ~ tetap caruman yg dibuat pd waktu-waktu tertentu (mis pd hujung setiap bulan) dan secara berterusan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengganti | 1 menukar dgn yg lain; membuat berganti: Ahmad telah ~ atap rumah yg bocor itu dgn yg baru. 2 memberikan wang, barang dll sbg ganti rugi; memberikan ganti rugi: Saya sanggup ~ segala perbelanjaan utk membaiki kereta ini. 3 mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Apabila dia bersara nanti, siapakah yg akan ~nya? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
uzur | 1 sesuatu yg menyebabkan seseorang tidak dpt bekerja (berjalan dll); aral: Kalau tidak ada ~, lusa saya akan ke Singapura. 2 lemah badan; sakit: Badannya sudah ~. 3 ki datang bulan atau haid: Ia tidak boleh bersembahyang kerana ~. 4 ki mengandung; hamil. ~ syarii uzur yg dibenarkan oleh syarak dlm melakukan sesuatu ibadah, kewajipan dsb. menguzurkan mengadakan halangan (utk tidak ikut serta): ~ diri. keuzuran keadaan atau hal uzur: ~nya menyebabkan dia bersara awal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |