Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.yap] | برسايڤ

Definisi : mempunyai sayap, ada sayapnya: burung-burung itu berbulu dan ~; hendak terbang tiada ~ prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersayap

Puisi
 

Anak kumbang terayap-rayap,
     Mari ditangkap anak Turki;
Hendak terbang tiada bersayap,
     Hendak hinggap tiada berkaki.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Hendak hinggap tiada berkaki.

Bermaksud :

Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak terbang tiada bersayap). (Bandingkan dengan: Sampan ada pengayuh tidak).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bersayapmempunyai sayap, ada sayapnya: burung-burung itu berbulu dan ~; hendak terbang tiada ~ prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
baju bersayapark baju belah yg menyerupai ekor burung layang-layang;Kamus Dewan Edisi Keempat
rama-ramaserangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkepakmempunyai kepak; bersayap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkepakmempunyai kepak; bersayap.Kamus Pelajar
rama; rama-rama serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
keluangnama sj binatang bersayap spt kelawar tetapi lebih besar (suka memakan buah-buahan), Pteropus vampyrus (edulis).Kamus Pelajar Edisi Kedua
nyamuksj serangga kecil bersayap dua dan menghisap darah; ~ aedes (rimau) sj nyamuk, Aedes aegypti; ~ biasa sj nyamuk, Culex fatigans; ~ tiruk (jenis nyamuk yg membawa penyakit malaria) a) Anopheles maculatus; b) Anopheles sundaicus; c) Anopheles um­brosus; ~ pers Id bp pemberita surat khabar, wartawan; tamparan ~ bahagian badan antara tulang belikat dgn tulang leher; ~ mati gatal tak lepas prb menaruh dendam terhadap orang yg berbuat jahat kpd kita walaupun ia sudah dihukum.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkepak1. mempunyai kepak, bersayap (burung, agas, dll): setengah-setengah haiwan yg ~ tidak dapat terbang; ada burung yg ~ besar dan ada yg ~ kecil; 2. berdaun (bkn pintu, tingkap): pintu ~ dua; 3. = berkepak-­kepak mengibarkan kepak (spt ayam jantan yg hendak berkokok);Kamus Dewan Edisi Keempat
rama; rama-ramaserangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik kpd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu).Kamus Pelajar
1234

Kembali ke atas