berselam | Pr menguji siapa yg akan memusingkan gasing dahulu (dlm permainan gasing); ~ air bersumpah dgn menyelam (utk membuktikan kebenaran); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selam I | ; juru~ orang yg kerjanya masuk ke dlm air (utk mencari mutiara, mengetahui ada tidaknya ikan, dll); kapal ~ kapal yg boleh bergerak di dlm air (biasanya utk kegunaan peperangan); berselam Pr menguji siapa yg akan memusingkan gasing dahulu (dlm permainan gasing); ~ air bersumpah dgn menyelam (utk membuktikan kebenaran); menyelam 1. masuk ke dlm air (dgn seluruh badan): burung penguin sangat pandai ~ dan berenang; 2. masuk ke dlm air utk mencari sesuatu: dekat Mergui, perusahaan ~ mutiara ada dijalankan; 3. ki masuk dalam-dalam, terbenam, menghilang dlm sesuatu: keris itu ~ ke dlm belikatnya; kapal terbang itu ~ ke dlm awan; 4. ki = menyelami mencari atau menduga (isi hati, perasaan, dll orang lain), mengetahui, memeriksa: kebanyakannya cuba ~ kesusahan kami sbg nelayan; aku mesti ~ lubuk hati gadis bakal isteriku; pandai ~ di air dangkal prb pandai membawa diri; sambil ~ minum air prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai; menyelami 1. menyelam ke dlm air (laut dll); 2. menyelam utk mencari sesuatu dll: engkau jatuh dia yg menyambut, engkau karam dia yg ~; 3. ki menyelidiki atau menduga (isi hati, perasaan orang lain), ber-usaha utk mengetahui sesuatu: dia seoranglah yg pernah ~ hati Juliana; tugas saya bukan sahaja mengumpulkan surat-surat itu tetapi juga ~ kandungannya; ~ air dlm tonggak prb sukar sekali utk mengetahui isi hati orang lain; menyelamkan memasukkan (sesuatu) ke dlm air, membenamkan, mencelupkan: maka dibawanya timba, diselamkannya ke dlm air yg keruh itu; terselam dapat atau sudah menyelam, terbenam; terselami boleh diselami, dapat difahami, terduga; selaman hasil atau usaha menyelam, menyelami atau menyelamkan; penyelaman perbuatan menyelam, menyelami atau menyelamkan; penyelam 1. orang yg menyelam, juruselam: ~-~ yg memasuki lautan dalam terpaksa membawa udara sendiri; 2. sesuatu yg diguna-kan utk menyelam, sesuatu yg diselamkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lulus | 1. terus (masuk ke dlm lubang dll), lantas, tembus: sebuah bola logam yg hanya ~ melalui gelang logam pd masa ia sejuk dipanaskan; benang sekasar ini tidak dapat ~ ke dlm lubang jarum; tidak lulus pd akal (di akal) tidak dapat diterima akal, tidak masuk akal; 2. terperlus (ke dlm lubang dll), terperosok: kakinya ~ ke dlm lantai yg lapuk itu; 3. terlepas (cincin drpd jari dll), lucut: cincin itu tidak ~ drpd jarinya; 4. berjaya (menang) dlm peperiksaan, tidak gagal (dlm ikhtiarnya, usahanya), berhasil: dia ~ sekolah Melayu; 5. diperkenankan (permohonan, permintaan, dll), dipersetujui, terkabul: permohonannya ~; 6. ark hilang lenyap (sesuatu yg dimakan api), lelap (barang-barang yg digadai); ~ tidak berselam, hilang tidak bercari prb perihal seseorang yg menanggung kesusahan tetapi tidak ada yg menolongnya; sudah ~ maka hendak melantai prb, Mn sesudah mendapat kesusahan (kemalangan) baru ingat; selulus ark selalu, sentiasa; melulusi melucuti, menanggalkan (pakaian dll); meluluskan 1. membiarkan lalu, memasukkan: ~ benang ke lubang jarum; 2. melucutkan (gelang, cincin, dll); 3. memperkenankan (permintaan, permohonan, dll), mempersetujui, mengabulkan: beliau telah pun mengkaji usul itu terlebih dahulu sebelum diluluskan utk dibincangkan; kerajaan telah ~ undang-undang itu beberapa tahun dahulu; 4. menyebabkan (menjadikan) lulus (dlm peperiksaan dll); 5. melepaskan diri, membebaskan (diri), melarikan (diri): walaupun dikepung rapi, mereka dapat ~ diri; lulusan 1. orang yg telah lulus dlm peperiksaan, lepasan, keluaran: dia ~ sekolah Melayu; 2. kebenaran, izin; surat ~ surat kebenaran; selulusan 1. Mn selengkap: ~ pakaian; 2. Mn seibu: saudara ~; kelulusan 1. perihal lulus: mereka belajar hanya utk mendapat ~ dlm peperiksaan; ~ permohonan tanah di dlm bandar dibuat secara lelong; 2. tingkatan pengajian yg diperoleh, ijazah: begitulah pentingnya ~ dan kelayakan yg telah dikenakan oleh kerajaan; dia meneruskan pelajarannya hingga mendapat ~ doktor; 3. keguguran (yakni melahirkan bayi sebelum masanya); berkelulusan mempunyai kelulusan: ramai wanita di sana yg sudah ~ tinggi dan memegang jawatan-jawatan penting; pelulus orang atau pihak yg meluluskan sesuatu (bkn permohonan dsb): diluluskan oleh pegawai ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |