Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berseluk 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
seluk IIMn belit, lilit, keluk; ~-semeluk belit-membelit, kait-berkait; berseluk 1. berbelit antara satu dgn yg lain (akar dll), belit-membelit: pucuk berhem-pas akar ~; 2. dibelitkan atau dililitkan dgn (selendang dll); 3. berbelok, berkelok; 4. silang-menyilang tidak keruan (jalan dll), simpang-siur; ~ tanda bertukar tanda (orang bertunang); memperselukkan membelitkan, menyi­lang-kan (tangan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
berseluk1. berbelit antara satu dgn yg lain (akar dll), belit-membelit: pucuk berhem-pas akar ~; 2. dibelitkan atau dililitkan dgn (selendang dll); 3. berbelok, berkelok; 4. silang-menyilang tidak keruan (jalan dll), simpang-siur; ~ tanda bertukar tanda (orang bertunang);Kamus Dewan Edisi Keempat
urat I1. = ~ darah saluran kecil-kecil dlm tubuh yg membawa (mengalirkan) darah, pembuluh darah; 2. = ~ daging tisu pd daging yg halus spt benang; 3. gumpalan daging yg menggerakkan bahagian badan, otot; 4. = ~ saraf tisu yg menjadi alat perasa, asabat; 5. garisan-garisan yg kelihatan pd permukaan kayu, (batu marmar dll); 6. serat yg terdapat pd kayu, tisu pd tumbuh-tumbuhan; 7. tulang daun: daun pokok ini mempunyai ~ yg selari antara satu sama lain; 8. akar (pd tumbuh-tumbuhan); 9. penjodoh bilangan utk gelang atau benda yg kecil (halus) dan panjang (spt rotan dll): di pergelangan tangannya mem-belit dua ~ gelang halus diperbuat drpd emas; 10. ki asal mula (sesuatu hal), pokok pangkal; ~ amris urat di kiri kanan batang leher; ~ belikat otot pd belikat; ~ benang jalur benang (pd jahitan); ~ daun tulang-tulang daun; ~ daya garisan (titik-titik, jaluran) yg menun-jukkan aliran tenaga dll; ~ kata akar kata; ~ keting otot di atas tumit; ~ leher otot pd leher; ~ nadi saluran darah yg berdenyut pd pergelangan tangan; ~ pengetul otot pd lengan (atau kaki) utk melipatkan lengan (atau kaki); ~ tendon sj tisu yg menghubungkan otot dgn tulang; ~ tunggal = ~ tunggang akar tunjang (pd tumbuh-tumbuhan); menghendaki ~ lesung prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin akan dapat; nan berseluk ~, nan berjumbai akar, nan ber-lambai pucuk prb, Mn orang yg berkaum menurut adat; berurat 1. mempunyai urat; 2. mempunyai akar, berakar: ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak ~; ~ berakar a) sudah mendalam benar (perasaan dll); b) sudah lama (di sesuatu tempat dll); berhati baja, ~ kawat prb orang yg tabah serta keras hati.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas