bersendiri | tidak berteman (berkawan dll), tidak berkaitan dgn yg lain, tersisih (terpisah) drpd yg lain: ejaan bukanlah suatu pelajaran yg ~ atau tidak berkait dgn pelajaran-pelajaran yg lain; terdapat kecenderungan utk ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persendirian | perihal bersendiri (tidak ditolong bantu oleh pihak-pihak lain), perseorangan: sumbangan terbesar kpd perkhidmatan sosial datang drpd sumber-sumber ~ dan bukan drpd kerajaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang perseorangan | orang bersendiri, individu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
privasi | keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan: tentunya di rumah sewa spt itu kami tidak ada ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebersendirian | keadaan atau sifat bersendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebersendirian | perihal, keadaan atau sifat bersendiri, privasi: isu tentang ~ dlm internet juga penting dan perlu diberi pertimbangan serius oleh undang-undang siber; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bernafsi-nafsi | mementingkan diri sendiri, bersendiri-sendiri, bersendirian: di kota yg ramai dan besar, manusia hidup bernafsi-nafsi, tidak peduli akan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nafsi-nafsi | , bernafsi-nafsi mementingkan diri sendiri, bersendiri-sendiri, bersendirian: di kota yg ramai dan besar, manusia hidup bernafsi-nafsi, tidak peduli akan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berahsia-rahsia | menyembunyikan sesuatu dgn sungguh-sungguh supaya tidak diketahui oleh orang lain: beliau lebih suka bersendiri, lebih banyak ~ dlm tindakannya; aku tidak suka ~ dan mengecewakan orang lain, apatah lagi engkau rakan akrab dan jiran terdekat aku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nafsi I | Ar 1. diri sendiri, orang seorang (tidak dgn yg lain); 2. mementingkan diri sendiri, tidak mempedulikan orang lain; nafsi-nafsi, bernafsi-nafsi mementingkan diri sendiri, bersendiri-sendiri, bersendirian: di kota yg ramai dan besar, manusia hidup bernafsi-nafsi, tidak peduli akan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |