berseni | mempunyai (memperlihatkan) seni, berasaskan seni: tidak pula bermakna ia menghargai tulisan yg tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemanfaatan | perihal atau perbuatan memanfaatkan: apa yg berlaku ialah timbulnya penyesuaian dan ~ terhadap unsur-unsur sastera tradisi Islam itu dlm pelbagai unsur yg diserapkan secara berseni. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manfaat | 1. guna, faedah; kejadian itu tidak akan memberi ~ kpd sesiapa pun; 2. untung, laba; bermanfaat berguna, berfaedah: apa yg di-lakukan mereka memang ~ bagi bangsa; memanfaatkan menggunakan sebaik-baiknya (utk atau dgn cara yg mendatangkan faedah), mendapatkan faedah drpd (sesuatu), menjadikan bermanfaat (berfaedah): tidaklah sukar utk ~ alat-alat ini utk kajian saintifik; apa yg menjadi persoalan ialah berapa ramaikah orang yg kebolehan celik hurufnya dimanfaatkan utk membaca; kemanfaatan 1. guna, faedah, manfaat: se-tiap sesuatu yg mendatangkan ~ dgn ke-baikan hendaklah dilindungi dan diusaha-kan; 2. kebaikan, kegunaan; pemanfaatan perihal atau perbuatan memanfaatkan: apa yg berlaku ialah timbulnya penyesuaian dan ~ terhadap unsur-unsur sastera tradisi Islam itu dlm pelbagai unsur yg diserapkan secara berseni. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seni II | 1. karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yg dicipta dgn bakat (kecekapan), hasil drpd sesuatu ciptaan: kalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan ~ tidak akan menarik perhatian orang yg paling intelektual sekali pun; 2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yg indah-indah; ~ bahasa keindahan (susunan kata-kata) bahasa; ~ bina = ~ bangunan Id seni mengenai bangunan (penyediaan reka bentuk dan pe-nyeliaan pembinaan bangunan dsb); ~ drama seni mengenai lakonan pentas (sandiwara); ~ foto seni tentang pengambilan gambar dgn kamera dan penghasilan gambar; ~ halus cabang dan karya seni yg mempunyai nilai keindahan dan memberikan kepuasan cita rasa kpd peminatnya, spt lukisan, muzik, puisi dan ukiran; ~ jarum kecekapan atau seni tekat-menekat (sulam-menyulam, jahit-men-jahit); ~ kata susunan kata-kata yg indah (utk lagu dll); ~ khat seni (kemahiran) menulis tulisan Arab atau tulisan Jawi dgn gaya yg khas atau unik sehingga menghasilkan tulisan yg indah-indah; ~ kraf tangan seni kemahiran pekerjaan tangan (spt ukir-mengukir, mem-buat barang-barang dgn kemahiran tangan, dsb); ~ kreatif apa sahaja seni yg dapat men-cipta sesuatu; ~ lakon seni drama; ~ lukis seni mengenai lukis-melukis; ~ murni seni mengenai penciptaan barang yg indah-indah (seni lukis, seni pahat, dll); ~ muzik seni mengenai muzik termasuk lagu; ~ pahat (ukir) seni mengenai pahat-memahat (spt membuat patung dll), kemahiran menghasilkan (mencipta) sesuatu dgn pahat; ~ rupa seni pahat dan seni lukis; ~ sastera seni mengenai karang-mengarang (prosa dan puisi); ~ silat seni mengenai bersilat atau berpencak; ~ suara seni mengenai suara atau bunyi (nyanyian, muzik, dll); ~ tari seni mengenai tari-menari; ~ ukir(an) seni atau kemahiran ukir-mengukir; berseni mempunyai (memperlihatkan) seni, berasaskan seni: tidak pula bermakna ia menghargai tulisan yg tidak ~; kesenian perihal seni, yg berkaitan dgn seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seni-man yg tahu menikmati ~ alam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |