bersepadu | berkaitan erat (tidak terpisah-pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perisian bersepadu | perisian yg menggabungkan pelbagai ciri yg biasanya wujud secara berasingan dlm satu perisian yg besar dan bersepadu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perisian bersepadu(integrated software) | Perisian yang menggabungkan pelbagai ciri yang biasanya wujud secara berasingan dalam suatu perisian yang besar dan bersepadu. | Kamus Komputer |
cip mikropemproses(microprocessor chip) | Bungkusan cip litar bersepadu yang mengandungi litar unit mikropemproses. Cip ini, apabila digabungkan dengan cip litar bersepadu dan peralatan persisian dalam suatu papan litar, akan membentuk mikrokomputer atau pengawal sistem. | Kamus Komputer |
pakej(package) | 1. Atur cara dan dokumen berkaitan yang membentuk suatu sistem perisian yang bersepadu. 2. Bentuk bekas plastik atau seramik yang digunakan untuk memegang cip litar bersepadu mikropemproses, ingatan, dan peranti lain. | Kamus Komputer |
perisian | program atau atur cara komputer yg dapat digunakan dgn sistem komputer tertentu: doktor lebih mudah menentukan rawatan dan pencegahan penyakit jantung dgn menggunakan ~ komputer yg direka khas; ~ bersepadu perisian yg menggabungkan pelbagai ciri yg biasanya wujud secara berasingan dlm satu perisian yg besar dan bersepadu; ~ kongsi perisian atau dokumen yg diedarkan oleh pembuat perisian untuk dikongsi bersama oleh pengguna komputer; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
litaran bersepadu | (Fiz) litar yg menggabungkan pelbagai komponen elektronik ke dlm satu unit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persepaduan | perihal bersepadu (bangsa, masyarakat, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesepaduan | keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yg utuh: malahan ~ komuniti itu diasaskan pd pertalian kekeluargaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersepadu | telah bersepadu: ini bermakna kaum bumiputera akan ~ dlm perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020; | Kamus Dewan Edisi Keempat |