bersetem | mempunyai setem: surat permohonan hendaklah disertai dgn satu sampul surat yg beralamat sendiri dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kartu (kad) pos | Id kad bersetem yg dijual di pejabat pos dan boleh dikirim melalui pos pd kadar yg lebih rendah drpd surat yg bersampul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampul (surat) hari pertama | (Pos) sampul surat yg bersetem istimewa dan bercap tarikh keluaran hari pertama bagi memper-ingati sesuatu peristiwa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sah I | 1 tidak salah dr segi undang-undang dll; dibenarkan atau diluluskan oleh undang-undang dll: Resit ini tidak ~ kerana tidak bersetem. 2 sempurna perbuatannya kerana menurut hukum atau syarat-syaratnya; tidak batal: Kalau meneguk air dgn sengaja, walaupun setitik, tidak ~lah puasanya. 3 tidak salah lagi; benar; nyata: Khabar yg diceritakannya itu memang ~. mengesahkan menjadikan atau mengakui sah; membenarkan: Pihak polis telah ~ penangkapan dua orang tokoh politik itu. pengesahan perbuatan atau hal mengesahkan; pengakuan sudah sah: Surat ~ pelantikan pegawai itu sudah diterima. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
setem I | (setém) kertas kecil bergam, bergambar, dan mempunyai nilai (mata wang) tertentu yg digunakan sbg tanda bayaran pos, bayaran cukai surat perjanjian, dll; bersetem mempunyai setem: surat permohonan hendaklah disertai dgn satu sampul surat yg beralamat sendiri dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sah I | 1 tidak salah dr segi undang-undang dll; dibenarkan atau diluluskan oleh undang-undang dll: Resit ini tidak ~ kerana tidak bersetem. | Kamus Pelajar |
pos I | 1. sistem atau perkhidmatan menghantar surat, bungkusan, dsb: tawaran-tawaran yg tidak dihantar melalui ~ hendaklah dimasukkan ke dlm peti tawaran di pejabat itu; kartu (kad) ~ Id kad bersetem yg dijual di pejabat pos dan boleh dikirim melalui pos pd kadar yg lebih rendah drpd surat yg bersampul; kereta ~ kereta yg menjalankan urusan jabatan pos; pejabat ~ = Id kantor ~ pejabat tempat mengirim surat (wang dll); 2. surat, bungkusan, dll yg dihantar melalui pos; 3. Id kereta (kuda dll) yg menguruskan kiriman surat dll pd zaman dahulu; 4. Id ark perhentian kereta pos pd zaman dahulu; 5. Id, bp perhentian kereta api dll, stesen; ~ berdaftar perkhidmatan menghantar surat, bungkusan dsb yg didaftarkan, biasanya dikenakan bayaran yg lebih mahal sedikit dan diberi ganti rugi sekiranya surat, bungkusan dsb itu hilang atau rosak; ~ laju sistem atau perkhidmatan menghantar bungkusan, surat dsb dgn cepat yg disediakan oleh jabatan pos atau syarikat tertentu; mengepos mengirim (surat dll) melalui pos; mengeposkan mengepos utk: dia pergi ke pekan utk ~ kakaknya surat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beralamat | 1. mempunyai alamat, memberikan tanda (pertanda): mimpi yg ~ buruk; awan gelap biasanya ~ turunnya hujan; 2. mempunyai matlamat (sasaran, tumpuan); menembak ~, berkata bertujuan prb tiap perbuatan harus ada maksudnya; 3. mempunyai atau bertulis dgn alamat (keterangan tempat tinggal): setiap sampul surat hendaklah ~ dgn terang dan bersetem; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampul | sarung (surat, bantal, dll), pem-bungkus, penyalut; ~ bantal kain pembungkus bantal; ~ buku penyalut buku (kertas, plastik, dll); ~ duit sarung drpd kertas berwarna yg digunakan utk mengisi duit yg diberikan pd hari raya, perkahwinan dsb; ~ surat sarung drpd kertas, biasanya berbentuk segi empat tepat, utk mengisi surat dsb yg hendak diposkan dsb; ~ (surat) hari pertama (Pos) sampul surat yg bersetem istimewa dan bercap tarikh keluaran hari pertama bagi memper-ingati sesuatu peristiwa; bersampul berbungkus, bersalut, bersarung; anak ~ anak yg dilahirkan berbungkus dgn kulit tipis (dianggap kebal); menyampul memasukkan ke dlm sampul, membungkus, menyalut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alamat | 1. sesuatu yg dianggap (ditafsirkan dsb) sbg menandakan bahawa sesuatu kejadian dll yg baik atau buruk akan berlaku, tanda, pertanda: dia merasakan bahawa mimpinya itu memberinya sesuatu ~; 2. sl matlamat, sasaran, bulan-bulan, tumpuan: beberapa kali ia menembak ~ itu tetapi tidak kena; 3. butir keterangan (spt nombor rumah, nama jalan, nama bandar, dll) yg menunjukkan tempat tinggal seseorang: pastikan bahawa ~ penerima surat itu telah dituliskan dgn terang dan lengkap pd sampul surat; 4. (Komp) kod pengenalan unik yg digunakan sbg nama atau tanda kedudukan ingatan, daftar, dll dlm sesuatu sistem komputer; 5. ark nama buku dll: ~ buku ini dituliskan dgn huruf besar; 6. bermakna bahawa, menandakan, menunjukkan: burung berkicau ~ hari nak siang; ~ tunduk bendera putih tanda menyerah (kalah); alamatnya tandanya: jika ada negara yg mengatur rancangan perangnya sendiri, ~ pakatan itu tidak akan mencapai tujuan bersama; beralamat 1. mempunyai alamat, memberikan tanda (pertanda): mimpi yg ~ buruk; awan gelap biasanya ~ turunnya hujan; 2. mempunyai matlamat (sasaran, tumpuan); menembak ~, berkata bertujuan prb tiap perbuatan harus ada maksudnya; 3. mempunyai atau bertulis dgn alamat (keterangan tempat tinggal): setiap sampul surat hendaklah ~ dgn terang dan bersetem; mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat; mengalamatkan 1. menunjukkan alamat (tanda), memberi tanda bahawa: matahari telah condong ke barat sbg ~ hari sudah petang; 2. menujukan (surat dll): ~ surat kpd ahli-ahli pertubuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |