silih | , = ~ ganti (berganti, sambut) sering berganti atau sering bertukar; berganti-ganti. bersilih 1 bertukar dgn yg lain; berganti; berubah menjadi: Suka ~ dgn duka. 2 = ~ ganti berturut-turut bertukar dgn yg lain; bergilir-gilir: Susah dan senang, suka dan duka datang ~ ganti. menyilih memberikan ganti (ganti rugi dll); mengganti: ~ rugi mengganti kerugian orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
silih I | = ~ ganti = ~ sambut saling berganti; ~ berganti berganti-ganti, bertukar-tukar; ~ mata sesuatu yg digunakan utk mata sahaja (memberi banyak mas kahwin yg kemudiannya akan dikembalikan secara diam-diam dll); ~-semilih berturut-turut, ganti-berganti; bersilih 1. berubah menjadi ..., berganti, bertukar; ~ lapik berkahwin dgn sanak atau dgn saudara isteri yg telah meninggal, bersalin tikar; 2. = ~ ganti bergilir-giliran, berganti-ganti; menyilih 1. memberi ganti (spt rugi dll), menggantikan, menukar; ~ rugi menggantikan kerugian (orang); 2. = ~ jadi bertukar menjadi; 3. bersalin kulit (ular dll); 4. Mn ark meminjam (wang dll); silihan benda yg digunakan utk mengganti; ~ perang ark ganti rugi perang, pampasan perang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersilih | 1 bertukar dgn yg lain; berganti; berubah menjadi: Suka ~ dgn duka. 2 = ~ ganti berturut-turut bertukar dgn yg lain; bergilir-gilir: Susah dan senang, suka dan duka datang ~ ganti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersilih | 1. berubah menjadi ..., berganti, bertukar; ~ lapik berkahwin dgn sanak atau dgn saudara isteri yg telah meninggal, bersalin tikar; 2. = ~ ganti bergilir-giliran, berganti-ganti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersilih | 1 bertukar dgn yg lain; berganti; berubah menjadi …: Suka ~ dgn duka. | Kamus Pelajar |
bertukar | 1. memberi dan menerima gantinya, saling memberi: kedua-dua lelaki berjabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah berlainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. berganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke Ipoh | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukar | bp = bertukar; ~ barang bertukar barang dgn barang (dlm perdagangan); ~ cincin saling memberi cincin tanda (pd hari per-tunangan); ~ ganti memberi ganti (benda yg telah hilang dll); ~ tambah bertukar barang dgn memberi tambahan wang; bertukar 1. memberi dan menerima gantinya, saling memberi: kedua-dua lelaki berjabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah berlainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. berganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke Ipoh; ~ adat berubah adatnya (berlainan drpd yg biasa); ~ akal menjadi gila; ~ baju (pakaian) bersalin baju (pakaian); ~ bulu a) berganti dgn bulu yg baru (burung dll), bersilih bulu; b) ki berubah pegangan (pendapat, pendirian, dll); ~ fikiran a) berbincang, berbahas; b) berubah pendapat (pendirian dll); c) gila; ~ ganti berganti dgn yg baru; ~ haluan berubah arah (haluan dll); ~ hati a) sudah berubah perasaan hati; b) lain di mulut lain di hati; ~ kulit a) bersalin kulit (ulat dll); b) ki berubah pendapat dll; ~ lalu bertukar barang dgn tidak menambah wang; ~ sebut tidak sama atau berbeza pendapat (perkataan dll); ~ tangan berpindah kpd orang lain (pihak lawan dsb); ~ tempat a) yg satu berpindah ke tempat yg lain dan kebalikannya; b) berpindah tempat; seiring ~ jalan, seia ~ sebut prb orang yg setujuan maksud atau faham tetapi berlainan cara melaksanakannya; bertukar-tukar 1. selalu berganti, berganti-ganti; 2. saling mengambil hak orang lain (kerana tersalah atau tersilap); 3. saling memberi: mereka dibenarkan ~ hadiah yg kecil-kecil; kami sering berbincang dan ~ pendapat; bertukaran, bertukar-tukaran saling memberi sesuatu, beri-memberi: mata kami sentiasa bertukar-tukaran pandangan yg membawa makna; menukar 1. mengganti dgn yg lain: ~ pakaian; 2. merubah kpd keadaan yg lain: air boleh ditukar menjadi wap jika dipanaskan; kemudian ia ~ haluannya serta belayar menghala ke utara; 3. menghantar (meletakkan dll) ke tempat lain, memindahkan; 4. Mn membeli-belah, berbelanja; tukar-menukar saling memberi, beri-memberi: pd zaman dulu orang menjalankan per-niagaan dgn cara ~ barang; menukari memberi sesuatu sbg ganti, meng-ganti: ~ wang kertas dgn wang perak; menukarkan 1. menggantikan dgn yg lain: yg dibuat oleh baginda itu hanyalah ~ orang Portugis yg lemah dgn orang Belanda yg lebih kuat; 2. mengubahkan kpd sesuatu yg lain (menjadi sesuatu yg lain): ketiga-tiga itu pun mulalah bertapa dan bersetuju ~ nama mereka; 3. menghantarkan (memindahkan, meletakkan dll) ke tempat lain: aku akan ditukarkan ke Pahang bulan depan; mempertukarkan 1. menukarkan; 2. men-jadikan bertukar(-tukar); tukaran sesuatu yg ditukarkan, pengganti: jikalau tuan hendak melepaskan katak ini berilah ~nya; pertukaran perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb): sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki ~ dr satu jenis ke satu jenis yg lain; suasana pertemuan dan ~ pendapat antara para editor; ~ asing wang atau mata wang asing (yg digunakan dlm perniagaan antara negara); penukaran perihal menukarkan (mengubahkan, memindahkan, menggantikan, dll), pemindahan, penggantian, pengubahan: diada-kan ~ tandatangan sbg cenderamata; penukar orang atau alat yg menukar(kan); ~ wang orang yg menukar wang (wang dlm negara dgn wang luar negara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |