bersimpangan | 1 banyak simpang (bkn jalan). 2 bersilang jalan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersimpangan | bertemu tetapi masing-masing dgn haluan sendiri, berselisih jalan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simpang | tempat jalan atau tempat sungai bercabang atau berpisah dr yg asal: Berjam-jam lamanya saya menunggu bas di ~ empat itu. bersimpang berpecah atau berbelah menjadi bercabang: jalan ~ dua. ~-siur a. bergerak ke sana ke mari dgn sibuknya (bkn kenderaan di jalan raya dsb). b. silang-menyilang kerana terlalu banyak (bkn jalan raya, kawat telefon dsb). bersimpangan 1 banyak simpang (bkn jalan). 2 bersilang jalan. menyimpang 1 melencong dr arah yg mula-mula; membelok ke arah lain: Kalau tidak ~, tentulah aku berlanggar dgn beca itu tadi. 2 tidak menurut apa-apa yg sepatutnya; menyeleweng dr yg sebenarnya: Kami tidak pernah ~ dr ajaran Nabi Besar kita. menyim- | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
simpang | sesuatu yg melencong atau bercabang dr yg lurus, tempat jalan (sungai dll) bercabang atau berpisah dr yg lurus: sebuah lori berhenti tidak jauh dr ~ empat di pekan itu; ~ belahan Mn sebahagian drpd sesuatu kaum atau cabang kaum (yg berpindah ke tempat lain, yg berjauhan tempatnya); ~ jalan cabang jalan; ~-perenang porak-peranda; bersimpang 1. bercabang (jalan, sungai, dll), berbelah: di tempat itu jalan tadi ~; 2. Mn tidak sehaluan, berlainan (pembawaan dll), berbeza (pendapat dll); bersimpangan bertemu tetapi masing-masing dgn haluan sendiri, berselisih jalan; menyimpang 1. melencong dr arah yg asal, membelok ke jalan lain: ia tidak terus pulang, tetapi ~ ke rumah kawan-kawannya; 2. membelok (supaya jangan terlanggar), mengelak (dlm perjalanan), menghindar (ke tepi dll): jika ia bertahan kamu sekalian ~; 3. tidak menurut yg betul (ajaran dll), menyeleweng (drpd yg ditentukan), sesat: cara ahli hukum bekerja tidak ~ drpd ketentuan hukum; istilah yg dibentuk tidak terlalu jauh ~ drpd istilah asal; menyimpangkan menjadikan menyimpang, membawa menyimpang, memesongkan, menyesatkan; simpangan (jalan, sungai, dll) yg menyimpang, cabang kpd sesuatu (jalan, sungai, dll) yg lebih besar; persimpangan = ~ jalan tempat jalan menyimpang atau bercabang: kebetulan pd ketika itu saya telah sampai ke ~ jalan balik ke rumah saya; penyimpangan perihal (perbuatan dsb) menyimpang (drpd sesuatu): ~ drpd tatabahasa baku bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |