bersisik | ada sisiknya, mempunyai sisik: dgn takdir Allah, dapatlah seekor ikan ~ emas bermatakan intan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merbah bersisik | sj burung, Pycnonotus squamatus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelagra | penyakit kulit (bersisik, kesat, dan kasar) yg menyebabkan penghidapnya mendapat cirit-birit dan akhirnya lumpuh serta hilang akal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelagra | penyakit kulit (bersisik, kesat, dan kasar) yg menyebabkan penghidapnya mendapat ceret-beret dan akhirnya lumpuh serta hilang akal. | Kamus Pelajar |
tenggiling | sj binatang yg bersisik dan yg panjang muncungnya utk memakan semut dan anai-anai, Manis javanica; atap batu sisik ~ atap genting yg susunnya spt sisik tenggiling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bengkarung | sj binatang kecil bersisik, cengkarung, kadal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggiling | nama sj binatang yg suka makan semut (badannya bersisik), Manis javanica. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
armadilo | sj binatang kecil drpd famili Dasypodidae yg bersisik tebal, mengorek tanah dan menggulingkan badannya spt bola apabila diserang, biasanya terdapat di bahagian tengah dan selatan benua Amerika. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggiling | nama sj binatang yg suka makan semut (badannya bersisik), Manis javanica. | Kamus Pelajar |
ular I | sj binatang menjalar yg tidak berkaki dan kulitnya bersisik (ada yg berbisa dan ada yg tidak); ~ belerang sj ular laut yg berbisa, Pelamis plat-urus; ~ cincin emas sj ular, Boiga dendrophila; ~ cindai sl sj ular; ~ kapak bakau sj ular, Trimeresurus purpureomaculatus; ~ katam tebu sj ular, Bungarus fasciatus; ~ kepala aruan sj ular, Xenopeltis unicolor; ~ kepala dua a) sj ular, Cylindrophis rufus; b) ki orang yg munafik; ~ lidi = ~ tambang sj ular yg kecil dan berbisa, Ahaetulla ahaetulla; ~ matahari sj ular, Mati-cora intestinalis; ~ minum = ~ mengiang Mn = ~ danu Kd pelangi; ~ sawa sj ular, Python reticulatus; ~ selimpat = ~ laut biasa sj ular, Enhydrina schistosa; ~ sinar matahari = ~ matahari biru sj ular, Maticora bivirgata; ~ tedung sj ular, Naja naja; ~ tedung abu (selar) sj ular, Ophiophagus hannah; ~ bukan, ikan pun bukan prb seseorang yg tidak dapat ditentukan jahat atau baiknya; ~ kepala dua = sekerat ~ sekerat belut prb orang yg tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah pendirian dsb), orang yg munafik; ~ dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipala jangan lembang = spt memalu ~ dlm benih, ~ jangan mati, benih jangan rosak prb menyelesaikan sesuatu perkara (menghukum atau memperdamaikan orang) hendaklah dgn seadil-adilnya; bagai ~ dgn legundi prb perihal seseorang muda yg sangat lekat hatinya pd kekasihnya; bagai ~ dgn orang prb perihal dua orang bersaudara yg tiada mahu berkenalan; biar ~ mati dan kayu tiada patah prb binasakanlah musuh dgn tidak merosakkan diri sendiri; jika ~ menyusur akar, tiada akan hilang bisanya prb orang besar dan mulia itu, tidak hilang martabatnya jika dia merendahkan diri sekalipun; kerosok ~ si rumpun bambu prb jangan takut akan ancaman orang; macam ~ kekenyangan prb perihal seseorang yg buncit perutnya dan kerana itu jalannya tidak betul; melangkahi ~ prb melakukan sesuatu yg sangat berbahaya; naga ditelan ~ lidi prb anak orang bangsawan berkahwin dgn orang kebanyakan; spt ~ kena palu = cengkeling bagai ~ dipukul prb a) geliang-geliut kerana kesakitan dan marah; b) bengkang-bengkok tidak beraturan (spt jalan atau jahitan yg tidak lurus); sudah tampak kaki ~ prb telah diketahui tingkah laku sese-orang yg buruk (yg dahulunya tidak diketahui); | Kamus Dewan Edisi Keempat |