berslogankan | menggunakan (sesuatu) sbg slogan: pertubuhan itu ~‘Seni Untuk Seni’. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercogankatakan | mempunyai sesuatu sbg cogan kata; berslogankan: Perjuangan mereka ~ “Tidak Hilang Melayu di Dunia”. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercogankatakan | mempunyai sesuatu sbg cogan kata, berslogankan: perjuangan mereka ~ “Hidup Melayu!”. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
slogan | kata-kata keramat yg dijadikan pegangan (panduan, dll) sesuatu organisasi (kempen dsb), cogan kata, kata semboyan: beramai-ramailah mereka tumpang sama meneriakkan ~, meneriakkan merdeka; berslogankan menggunakan (sesuatu) sbg slogan: pertubuhan itu ~‘Seni Untuk Seni’. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cogan kata | kata atau ungkapan ringkas yg menarik dan mudah diingat yg mengandungi unsur ideologi, pegangan hidup, perjuangan dsb sesuatu organisasi (kempen, pengiklanan dsb), kata-kata semboyan, moto, slogan: ~ ‘Bahasa Jiwa Bangsa’; bercogankatakan mempunyai sesuatu sbg cogan kata, berslogankan: perjuangan mereka ~ “Hidup Melayu!”. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cogan kata | ayat pendek atau rangkaian kata yg digunakan sbg panduan hidup (atau ditulis pd sesuatu, spt pd perisai, sbg perangsang): “Bahasa Jiwa Bangsa” ialah ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. bercogan kata mempunyai cogan kata. bercogankatakan mempunyai sesuatu sbg cogan kata; berslogankan: Perjuangan mereka ~ “Tidak Hilang Melayu di Dunia”. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |