berstruktur | mempunyai struktur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berstruktur | mempunyai struktur, ada strukturnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menstrukturkan | menjadikan berstruktur, mewujudkan struktur pd: masyarakat kapitalis metropolis distrukturkan secara politik dan ekonomi oleh proses perjuangan kelas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Pascal | Bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang berstruktur dan mempunyai sifat unggul untuk mentakrif dan mengolah struktur data yang kompleks. Bahasa ini dicipta oleh Niklaus Writh pada 1971 dan dinamakan sempena tokoh komputer Blaise Pascal. | Kamus Komputer |
kamus data(data dictionary) | Fail yang mengandungi maklumat berstruktur tentang semua butiran data yang digunakan oleh sistem dalam bentuk ciri seperti nama, takrif, struktur, cara penggunaan, cara pemetaan ke ingatan dan kaitan dengan data lain. Fail ini tidak mengandungi data sebenar. | Kamus Komputer |
sarang(nest) | Sebahagian daripada ciri seni bina atur cara berstruktur. Sarang merupakan gelung besar yang mempunyai gelung kecil yang tertutup. Gelung kecil ini pula mungkin mengandungi gelung tertutup yang lebih kecil. | Kamus Komputer |
pembangunan bawah ke atas(bottom-up development) | Teknik pelaksanaan atur cara berstruktur yang bermula dengan modul yang paling rendah dikarang dan diuji. Selepas modul tersebut siap, modul aras rendah kedua pula dikarang dan diuji. Ini dilakukan sehingga semua modul siap. | Kamus Komputer |
pembangunan atas ke bawah(top-down development) | Teknik pelaksanaan atur cara berstruktur yang bermula dengan modul yang paling tinggi dikarang secara kasar terlebih dahulu. Selepas modul tersebut siap, modul aras bawah pula dikarang. Ini dilakukan sehingga semua modul siap dan diuji. | Kamus Komputer |
borang(form) | Dokumen terformat dalam bentuk kertas atau elektronik untuk merakamkan nilai atau data dalam bentuk yang kemas dan berstruktur. | Kamus Komputer |
bentuk Backus-Naur(Backus-Naur form) | Sistem tatatanda untuk menulis rangka rasmi sintaksis bahasa pengaturcaraan, terutama sintaksis bahasa pengaturcaraan berstruktur seperti Pascal. Sistem ini diperkenalkan oleh John Backus untuk menerangkan mekanisme bahasa Algol 60 dan laporannya telah disunting oleh Peter Naur.Sinonim bentuk Backus normal.Singkatan BNF. | Kamus Komputer |