Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersuka-suka;

Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak,
     terkena pada batang,
masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cengkerama1. sl perjalanan utk bersuka-suka (bersiar-siar dll); 2. percakapan (perbualan, senda gurau, dll) utk bersuka-suka atau bersenang-senang; bercengkerama 1. sl pergi (berjalan-jalan) utk bersuka-suka (bersenang-senang, berte­masya, dll); 2. bercakap-cakap (berbual-bual, bersenda gurau, dll) utk berseronok: gadis itu sudah dibiarkan oleh orang tuanya berhandai-handai, bersenda gurau, dan ~ dgn agak bebas.Kamus Dewan Edisi Keempat
ria I1. gembira, girang, riang, sukacita: ia cukup ~ menerima ijazahnya; bersuka ~ ber­se­ronok-seronok, bersuka-suka; 2. ramai atau riuh (oleh suara orang bersuka-suka, ber­seronok-seronok, dll); ~ gembira tersangat ria; ~ riuh ramai bersuka-suka; beria-ria bergembira, bersenang-senang, ber­­­seronok-seronok, bersuka-suka; meriakan menggembirakan, meng­girang­kan, menyenangkan, menyukakan: mengapa pula dia tidak dapat ~ hatinya? keriaan perihal ria (kegembiraan, ke­gi­rang­an, keseronokan, kesukaan): apa yg bagiku merupakan ~, baginya merupakan ke­pedihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelesirIB 1. bersenang-senang, bersuka-suka: anak muda itu suka keluar pd malam hari dan menghabiskan masa dlm ~; main pelesiran perempuan bersetubuh dgn perempuan sundal; tempat pelesiran tempat bersuka-suka (bersenang-senang); 2. berjalan­-jalan (bersiar-siar) utk mencari kesukaan, ber­temasya: dr pagi kelihatan mereka naik amko, naik sado dan oto ~ kian ke mari; berpelesir = berpelesiran bersuka-suka, berseronok-seronok: pemuda dan pemudi ~ di jalan-jalan dgn tidak berasa segan dan malu; kepelesiran perihal pelesir, kesenangan, ke­sukaan: ~ kota Jakarta yg ramai itu diceritakan belaka.Kamus Dewan Edisi Keempat
beriang; ~ hati = beriang-riang bersuka-suka, bergembira-gembira, bergirang-girang: hamba tidak melarang tuan-tuan bersuka-suka, beriang-riang hati tetapi tiap-tiap se­suatu ada hingga batasnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
riang hati= beriang-riang bersuka-suka, bergembira-gembira, bergirang-girang: hamba tidak melarang tuan-tuan bersuka-suka, beriang-riang hati tetapi tiap-tiap se­suatu ada hingga batasnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
joli II; berjoli bersuka-suka atau berfoya-foya dgn menghabiskan wang. menjolikan menghabiskan atau membelanjakan sesuatu (wang, harta dsb) utk bersuka-suka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
senda, = ~ gurau, = gurau ~ perbuatan atau percakapan utk bersuka-suka saja; jenaka; kelakar. bersenda, = ~ gurau, = bergurau senda berbuat atau mengatakan sesuatu utk bersuka-suka atau utk bermain-main; bergurau-gurau: Maka baginda pun ~ gurau kedua-dua laki isteri. mempersendakan menjadikan sesuatu sbg bahan utk bersenda (mengejek dsb); mem­per­mainkan: Tidak baik ~ orang-orang yg cacat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
joli IIberjoli bersuka-suka atau berfoya-foya dgn menghabiskan wang. menjolikan menghabiskan atau membelanjakan sesuatu (wang, harta dsb) utk bersuka-suka.Kamus Pelajar
pelesiranIB 1. bersenang-senang, bersuka-suka: anak muda itu suka keluar pd malam hari dan menghabiskan masa dlm ~; main pelesiran perempuan bersetubuh dgn perempuan sundal; tempat pelesiran tempat bersuka-suka (bersenang-senang); 2. berjalan­-jalan (bersiar-siar) utk mencari kesukaan, ber­temasya: dr pagi kelihatan mereka naik amko, naik sado dan oto ~ kian ke mari;Kamus Dewan Edisi Keempat
riasuka hati kerana mendapat apa-apa yg dicita-citakan dll; riang; gembira: Beliau sangat ~ kerana telah lulus dlm peperiksaan itu. bersuka ~ bergembira; bersuka-suka. beria-ria bersuka-suka; bergembira; berseronok-seronok: Mereka ~ di tepi pantai. meriakan menjadikan ria; menggembirakan; menggirangkan (hati). keriaan keadaan atau rasa ria; kegembiraan; kegirangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas