capek (capék) | Jw penat, lelah; ~ hati bersusah hati; ®capai III. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berduka | = ~ hati bersusah hati; bersedih (hati): Sejak anaknya meninggal dunia, ia ~ saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berusuh | ; ~ hati bersusah hati; berdukacita: Banyak orang yg ~ hati oleh kematian pemimpin itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berusuh | ; ~ hati bersusah hati, berdukacita, gelisah: banyak juga orang yg ~ hati dgn keberhentian pegawai tinggi itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duka | (perasaan) susah hati; sedih hati: Suka dan ~ itu sudah menjadi kebiasaan. berduka, = ~ hati bersusah hati; bersedih (hati): Sejak anaknya meninggal dunia, ia ~ saja. mendukakan menyebabkan (menimbulkan) rasa duka; menyedihkan hati; menyusahkan hati: Yg ~ hatinya ialah anak sulungnya tidak pernah menziarahinya. kedukaan keadaan duka (susah hati): Dia dpt mengatasi ~nya dgn melupakan peristiwa pahit itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
capek hati | bersusah hati; ®capai III. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usah | 1 perlu; mustahak: Tak ~ bersusah hati kerana saya sedia membantu. 2 jangan: ~lah menangis. usahkan jangankan: ~ hendak menolong, datang menjenguk saja pun dia tidak pernah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berduka hati | bersusah hati; bersedih (hati): Sejak anaknya meninggal dunia, ia ~ saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berdukakan | sl berduka kerana (akan), bersedih (bersusah) hati kerana (akan), menderita (menahan) duka: mana ~ negeri ditimpa kemalangan dan mana pula bersedihkan permaisuri yg sedang gering; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usah | 1 perlu; mustahak: Tak ~ bersusah hati kerana saya sedia membantu. | Kamus Pelajar |