Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.ji] | برتاجي

Definisi : memakai taji (ayam sabungan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
taji (kata nama)
Bersinonim dengan susuh, jalu, pacu, sungga;,
Kata Terbitan : bertaji,

Puisi
 

Beli mangkuk buat kenduri,
     Panggil lebai serta aji;
Masa berkokok sama berlari,
     Tak boleh bercampur biring bertaji.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Itik bertaji.

Bermaksud :

Sangat penakut, tetapi sombong.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bertajimemakai taji (ayam sabungan);Kamus Dewan Edisi Keempat
pupuh; ayam ~ ayam sabungan (tidak bertaji). berperang ~ berperang main-main; perang-perangan. berpupuh 1 berlaga atau bersabung (bkn ayam): Ayam itu ~ dgn puyuh. 2 sedang melagakan atau menyabung ayam dll: ~ ayam. memupuh 1 menyabungkan (ayam dll) lama-lama. 2 ki memukul; menghentam. memperpupuhkan menjadikan berpupuh; menyabungkan (ayam yg tidak bertaji).Kamus Pelajar Edisi Kedua
pupuh; ayam ~ayam sabungan (tidak bertaji). berperang ~ berperang main-main; perang-perangan. berpupuh 1 berlaga atau bersabung (bkn ayam): Ayam itu ~ dgn puyuh. 2 sedang melagakan atau menyabung ayam dll: ~ ayam. memupuh 1 menyabungkan (ayam dll) lama-lama. 2 ki memukul; menghentam. memperpupuhkan menjadikan berpupuh; menyabungkan (ayam yg tidak bertaji).Kamus Pelajar
pupuh; ayam ~ ayam sabungan (tidak bertaji); berperang ~ sl latihan berperang (permainan berperang), perang-perangan; kena ~ kena pukul; berpupuh 1. berlaga, bersabung (ayam): maka ~ dua tiga kali pupuh; 2. sedang me­nyabung (ayam): ~ ayam; 3. = ~ bertinju Mn berkelahi pukul-memukul hebat atau kuat; memupuh 1. ark memukul; 2. Mn menya­bung (ayam) lama-lama; dipupuhnya jalan Mn ia berjalan cepat-cepat (tidak berhenti­-henti); dipupuhnya makan Mn ia makan banyak-banyak; dipupuhnya bekerja Mn ia bekerja sekuat-kuatnya; memperpupuhkan menjadikan berpupuh, menyabungkan ayam yg tidak bertaji.Kamus Dewan Edisi Keempat
ayam pupuhayam sabungan (tidak bertaji).Kamus Pelajar Edisi Kedua
ayam pupuhayam sabungan (tidak bertaji);Kamus Dewan Edisi Keempat
memperpupuhkanmenjadikan berpupuh; menyabungkan (ayam yg tidak bertaji).Kamus Pelajar Edisi Kedua
memperpupuhkanmenjadikan berpupuh, menyabungkan ayam yg tidak bertaji.Kamus Dewan Edisi Keempat
memperpupuhkanmenjadikan berpupuh; menyabungkan (ayam yg tidak bertaji).Kamus Pelajar
itiksj binatang yg lebih kecil drpd angsa, bebek; ~ manila = ~ mandarin, Aix galericulata; ~ nila = ~ surati itik ternakan Cairina moschata; ~ air = ~ berkek = ~ laut belibis (burung belebas); ~ berenang dlm air (di laut) mati kehausan prb menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi; ~ bertaji prb orang yg sangat penakut tetapi sombong; ~ tak sudu, ayam tak patuk prb sesuatu yg tidak berguna sama sekali; bagai ~ berebutkan tembolok prb perbantahan kerana sebab yg terlalu kecil; bagai ~ pulang petang prb (berjalan) sangat lambat; mengajar ~ berenang prb perihal membuat pekerjaan yg sia-sia; perkataan mengekor ~ jantan prb perkataan yg menyindir (sombong); spt ~ mendengar guntur prb mengharapkan keuntungan yg tidak tentu datang; tak ada ~ yg bertenger prb perkara yg mustahil.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas