bertambah-tambah | 1. sentiasa bertambah, bertambah dgn beransur-ansur: diberi Allah ~ kebesarannya dan kemuliaannya; 2. semakin (banyak, besar, kuat, dll): lelaki bermuka cengkung itu menjadi ~ khuatir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertambah-tambah | sentiasa bertambah keadaannya; bertambah sedikit-sedikit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertambah-tambah | sentiasa bertambah keadaannya; bertambah sedikit-sedikit. | Kamus Pelajar |
tambah | bertambah-tambah sentiasa bertambah keadaannya; bertambah sedikit-sedikit. | Kamus Pelajar |
riap | perihal bertambah-tambah besar (binatang, kanak-kanak, dll); meriap menjadi bertambah besar (bertambah banyak): ~ anak-anak kayu di kebunnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meriap | menjadi bertambah besar (bertambah banyak): ~ anak-anak kayu di kebunnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naik semangat | bertambah semangat (bertambah berani dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maju | 1 bergerak atau melangkah ke hadapan; mara: Tuan-tuan sekalian dipersilakan ~ sedikit. 2 menjadi lebih baik keadaannya dll; bertambah elok; bertambah memuaskan: Kedainya makin ~. Dia ~ dlm pelajarannya. memajukan 1 menggerakkan atau menjalankan ke hadapan; menyorong ke hadapan; memarakan. 2 membuat supaya menjadi maju; menjadikan lebih baik atau lebih sempurna; memperbaik: Banyak sekali wang yg dikeluarkan utk ~ ilmu pengetahuan dan kesenian. 3 membawa sesuatu usul dll kpd pihak tertentu; mengemukakan: Mereka telah ~ tuntutan-tuntutan mereka kpd pihak majikan melalui kesatuan. kemajuan keadaan maju; ketinggian taraf dll. pemajuan usaha (kegiatan dsb) memajukan. pemaju orang (pihak dsb) yg memajukan: ~ perumahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lebih | 1. melampaui had yg biasa; bertambah drpd yg dahulu; lw kurang: Panjangnya ~ satu meter dan lebarnya kurang sepuluh sentimeter. 2. sesuatu yg tinggal sesudah diambil dll; baki; sisa: Dia membelanjakan wangnya sepuluh ringgit, ~nya disimpan. 3. bertambah; kian bertambah; semakin:Dia ~ berani berbahas di depan orang ramai sekarang. 4. (dlm perbandingan menyatakan) sangat .... (drpd): Saya ~ senang di sini drpd di sana. ~ kurang kira-kira; agak-agak. ~ masa (melakukan kerja) pd masa luar waktu kerja yg rasmi. lebih-lebih, =~ lagi tambahan pula; istimewa pula. berlebih 1. ada bakinya: Takkanlah gaji sebanyak itu tidak ~. 2. banyak sangat:Bilik darjah itu sudah ~ kerusinya. ~ kurang bertolak ansur. berlebih-lebih 1. berlebih banyak:Bekalan yg dikirim terlalu banyak sehingga ~. 2 lebih drpd keadaan yg sebenarnya:Beliau telah menceritakan peristiwa itu dgn ~. berlebihan terlalu atau sangat (banyak dll); sangat banyak:Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah. melebih berbuat atau berkata lebih drpd yg sebenarnya. melebihi menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. melebihkan 1. menjadikan lebih; membanyakkan:Ilmu pengetahuan dpt ditambah dgn ~ pembacaan. 2. menganggap lebih penting atau lebih berguna: Dia ~ ilmu pengetahuan drpd harta benda. melebih-lebihkan menambah-nambah sehingga menjadi lebih drpd yg sebenarnya: Dia pandai ~ perkara yg kecil. terlebih 1. paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll):Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2. terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. lebihan jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yang sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. kelebihan 1. sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2. (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. selebih, selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnya. | Kamus Pelajar |
merambak | 1. menjalar-jalar, merayap ke mana-mana (tumbuh-tumbuhan yg menjalar); 2. bertambah-tambah bilangannya, bertambah-tambah luasnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |