tambah baik | bertambah baik menjadi semakin baik; penambahbaikan perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb) menjadikan bertambah baik: laman web ini secara keseluruhannya masih lagi dlm proses ~ dan banyak lagi bahan atau maklumat akan dimasukkan dr semasa ke semasa; kualiti penerbitan masih terbuka luas utk dilakukan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maju mundur | bertambah baik ataupun buruk, maju atau mundur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperbaik | menjadikan bertambah baik: rancangan-rancangan utk ~ taraf ekonomi orang Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penambahbai-kan | perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb) menjadikan bertambah baik: laman web ini secara keseluruhannya masih lagi dlm proses ~ dan banyak lagi bahan atau maklumat akan dimasukkan dr semasa ke semasa; kualiti penerbitan masih terbuka luas utk dilakukan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pracukai | sebelum dipotong cukainya: keuntungan ~ syarikat tahun ini semakin bertambah baik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memulangi | 1. rujuk dgn isteri yg telah diceraikan: kehidupannya menjadi bertambah baik sejak ia ~ isterinya; 2. Mn memperisteri saudara sepupu: apabila engkau ~ anak mamakmu, maka ...; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dalam II | 1. antara, di kalangan: ~ mereka yg bertiga belas itu ada yg bergirang-girang; 2. di dalam (bukan di luar lingkungan dsb sesuatu): ~ Wilayah Persekutuan; ~ bidang mata pelajaran tersebut; 3. sambil: ~ kita berharap keadaan akan bertambah baik kita mesti juga beringat-ingat; 4. pd waktu (tertentu): kita berharap keadaan akan bertambah baik ~ tahun hadapan; dia masih ~ pantang lagi; ~ idah masa belum boleh berkahwin lain (bagi perempuan yg baru menjadi janda); ~ negeri (dlm) lingkungan sesebuah negeri itu sahaja; ~ tangan dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; ~ dua tengah tiga prb tidak jujur; kilat di ~ kilau prb tujuan (maksud) yg terkandung dlm percakapan atau tingkah laku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perbaikan | 1. perihal (keadaan dsb) menjadi bertambah baik, perihal makin baik; 2. hasil membaiki: segala usul, pindaan, dan ~ dgn ulasannya secepat-cepatnya disampaikan kpd pakar; buku ini merupakan ~ buku-buku jenisnya yg terdahulu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertambah baik | menjadi semakin baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meningkat | 2 berubah menjadi peristiwa atau keadaan lain: Semenjak ia ~ dewasa perangainya sudah bertambah baik. | Kamus Pelajar |