tanak | juru~ = tukang ~ orang yg memasak, tukang masak; minyak ~ minyak kelapa;bertanak 1. (sedang) memasak nasi: ibuku sudah siap ~ dan menggulai; 2. yg ditanak; nasi ~ nasi yg ditanak (bukan dikukus); bagai ~ di kuali prb bermurah-murah kpd orang lain sehingga mendatangkan kesusahan kpd diri sendiri;menanak 1. memasak nasi (dlm periuk, kawah, dll): maka dia pun ~ nasi seperiuk kecil; 2. memasak sesuatu dgn merebusnya sahaja; ~ kentang merebus kentang; ~ minyak memasak santan kelapa utk dijadikan minyak; ditanaknya semua berasnya prb Mn perihal orang yg suka memperlihatkan kepandaian atau kebijaksanaannya di hadapan orang ramai;menanakkan menanak utk: dia sempat ~ ibunya nasi sebelum pergi ke ladang setiap pagi;tanak-tanakan bermain masak-masak (bkn anak-anak);mempertanak ark menanak (nasi);petanakan sesuatu yg ditanak, masakan;sepenanak = ~ nasi waktu yg lamanya serupa dgn lama orang menanak nasi (lebih kurang 20 minit);penanak, pertanak sl orang yg menanak, tukang masak: jikalau hendak disuruh jadi ~ nasi sekalipun redalah beta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertanak | 1. (sedang) memasak nasi: ibuku sudah siap ~ dan menggulai; 2. yg ditanak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanak; bertanak | 1 memasak dlm periuk, kawah dll (khasnya nasi). | Kamus Pelajar |
tanak | ; bertanak memasak nasi: Ibunya sedang ~ di dapur. menanak 1 memasak dlm periuk, kawah dll (khasnya nasi). 2 memasak sesuatu dgn hanya merebus saja: ~ kentang merebus kentang. ~ minyak memasak santan kelapa utk dijadikan minyak. penanak orang yg menanak; tukang masak. sepenanak; ~ nasi waktu yg lamanya sama dgn lama orang menanak nasi (± 20 minit). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyayur | 1. memasak sayur: Mak Andeh pun baliklah lalu bertanak dan ~; 2. = menyayurkan memasak jadi sayur: Si Tanjung pun tidaklah lengah lagi menanak nasi dan ~ pucuk cemperai; disuruhnya sayurkan kang-kung itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencampurkan | 1 menambahkan sesuatu pd sesuatu yg lain supaya bercampur: Kalau minum teh, saya suka ~ air limau sedikit. 2 mengumpulkan atau menyatukan (dua tiga jenis dll) supaya bercampur: Kerana kekurangan beras, mereka terpaksa ~ beras dgn jagung ketika bertanak. 3 mengira berapa jumlah besarnya (ttg angka yg ditambahkan kpd angka-angka lain); menjumlahkan: Si Ali sedang sibuk ~ markah yg diperolehnya dlm peperiksaan yg telah diadakan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencampurkan | 1. menambahkan sesuatu pd sesuatu yg lain supaya bercampur: Kalau minum teh, saya suka ~ air limau sedikit. 2. mengumpulkan atau menyatukan (dua tiga jenis dll) supaya bercampur: Kerana kekurangan beras, mereka terpaksa ~ beras dgn jagung ketika bertanak. 3. mengira berapa jumlah besarnya (ttg angka yg ditambahkan kpd angka-angka lain); menjumlahkan: Si Ali sedang sibuk ~ markah yg diperolehnya dlm peperiksaan yg telah diadakan itu. | Kamus Pelajar |
sayur | 1. tumbuhan atau daun-daunan yg boleh dimakan (paku, sawi, dll): Din pergi ke pasar membeli ~; 2. masakan drpd sayur (daun-daunan, buah, dsb, biasanya diberi berkuah): kegemaran patik semua orang Melayu makan ~ kangkung; spt ~ dgn rumput prb hal keadaan yg tidak sama (banyak perbezaannya); menyayur 1. memasak sayur: Mak Andeh pun baliklah lalu bertanak dan ~; 2. = menyayurkan memasak jadi sayur: Si Tanjung pun tidaklah lengah lagi menanak nasi dan ~ pucuk cemperai; disuruhnya sayurkan kang-kung itu; sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran ber-macam-macam (berjenis-jenis) sayur: biarlah hamba randaukan dahulu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siap | 1. sudah sedia (pakaian, makanan, dll), sudah disediakan, mustaid: makanan sudah ~; 2. selesai (dibuat dll): ibuku sudah ~ bertanak dan menggulai; 3. = ~ sedia = ~ siaga sudah bersedia utk (melakukan sesuatu dll): mereka sudah ~ utk menghadapi tugas; 4. = bersiap Id jaga sedia!, jaga baik-baik! (perintah dlm tentera); bersiap 1. = ~ sedia = ~ lengkap = bersiap-siap berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, berwaspada: setelah kelihatan itu, maka masingmasing pun ~lah menghadapi perahu perompak itu; 2. berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu: maka ia pun ~lah menghamparkan tikar yg cantik lalu menyuruh tamu naik; 3. Id siap (perintah dlm tentera); bersiap-siap, bersiap-siapan membuat persediaan, berlengkap-lengkap, bersediasedia: negeri Kuripan sedang ~ utk perkahwinan tuan puteri; bersiapkan sl = mempersiapkan: Yang Di-pertuan Muda pun menyuruh ~ segala kelengkapannya; menyiapkan, mempersiapkan 1. menyediakan, mengadakan: isterinya ~ makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yg cukup utk ~ pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemaskan) sesuatu utk: disiapkannya sebuah perahu utk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yg akan mencegah perbuatan rasuah; persiapan 1. perihal bersiap-siap (mempersiapkan): empat pasukan bola sepak sedang giat menjalani latihan sbg ~ utk merebut gelaran johan; 2. segala sesuatu yg disiapkan, kelengkapan, persediaan: ia pun pulang utk membuat ~ belayar; beberapa hari sebelum perkahwinan itu diadakan, ~ -~ telah dibuat; penyiapan perbuatan menyiapkan atau menyudahkan sesuatu (bangunan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gulai | masakan (daging, ikan, dll) yg berkuah: ~ ayam; ~ terung; ~ lemak gulai yg memakai santan yg banyak; ~ lampau serai tentu maung prb perbuatan yg berlebihan tidak mendatangkan faedah; ~ sedap nasi mentah, nasi sedap ~ mentah prb sesuatu perbuatan atau perkataan yg tidak sempurna; menggulai membuat (memasak) gulai: ibuku sudah siap bertanak dan ~; jikalau pandai ~, badar pun menjadi tenggiri prb orang yg pandai dapat mengerjakan sesuatu dgn baik walaupun kelengkapannya kurang; gulai-menggulai pekerjaan menggulai; menggulaikan 1. membuat gulai utk orang lain; 2. = mempergulaikan memasak sesuatu supaya menjadi gulai: barang rendang direndangkan, barang gulai digulaikan; penggulaian 1. perihal atau perbuatan menggulai(kan); 2. barang apa yg digulaikan, masakan gulai: kalau babu itu memang enak ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |