taring | gigi yg runcing dan tajam; gigi asu; siung. bertaring 1 ada taringnya. 2 berbentuk spt taring: Misainya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
taring I | 1. gigi yg runcing dan tajam, caling, gigi asu, saing, siung; 2. ki kekuasaan (keberanian, kekuatan dsb) utk melakukan se-suatu: dia tidak disegani lagi kerana dianggap sudah kehilangan ~nya; bertaring 1. mempunyai taring, ada taring-nya; 2. berbentuk spt taring: misainya ~ misainya tajam dan bentuknya spt taring; 3. ki mempunyai kuasa (keberanian, kekuatan dsb): biarlah stesen televisyen lebih ~ drpd pihak penaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertaring | 1 ada taringnya. 2 berbentuk spt taring: Misainya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertaring | 1. mempunyai taring, ada taring-nya; 2. berbentuk spt taring: 3. ki mempunyai kuasa (keberanian, kekuatan dsb): biarlah stesen televisyen lebih ~ drpd pihak penaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertaring | 1 ada taringnya. | Kamus Pelajar |
panglima | 1. sl hulubalang, ketua pasukan: ia menyuruh ~ berbaju rantai serta dgn beberapa orang pergi mengamuk kenaikan baginda; 2. ketua atau pemimpin angkatan tentera: Jeneral Suharto, ~ angkatan darat mengambil alih kekuasaan-kekuasaan politik; ~ Agung (Besar) panglima tertinggi yg memerintah sesuatu angkatan tentera (drpd berbagai-bagai pasukan); ~ gajah sl ketua yg menyelenggarakan urusan gajah; P~ Mangku Negara (P.M.N.) bintang kehormatan kelas dua (pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya Puan Sri); ~ pangkalan ark syahbandar; ~ perang kanan (kiri) panglima perang yg di bawah panglima besar; misai bertaring bagai ~, sebulan sekali tak bunuh orang prb rupa sahaja hebat (garang) tetapi penakut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
babi I | 1. sj binatang mamalia yg berbadan gemuk, berkaki pendek, berkulit tebal, dan bermuncung (diharamkan bagi orang Islam); 2. bk kata makian yg digunakan kerana marah (sangat benci akan seseorang, sesuatu, dsb); 3. nama kartu (dlm permainan ceki); ~ alu tenuk; ~ balar babi putih; ~ bodoh = ~ janggut sj babi, Sus barbatus; ~ duyung sj binatang laut yg bentuk badannya menyerupai babi; ~ hutan babi yg liar; ~ laut sj binatang laut yg berbulu-bulu; ~ nangoi sj babi hutan yg kecil; ~ rantai = ~ tunggal babi hutan yg tidak berkawan; ~ rusa sj babi hutan yg bertaring panjang, Babyrousa babyrussa; ~ tanah sj binatang kecil yg makan semut; bagai ~ merasa gulai prb dikatakan kpd orang yg hendak menyama-nyamai orang besar (kaya dll); membabi; ~ jalang berzina, bermukah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |