bertasbih | 1 membaca tasbih; melafazkan puji-pujian kpd Allah. 2 memakai atau menggunakan tasbih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertasbih | membaca (melafazkan) tasbih, melafazkan puji-pujian kpd Allah: mendengar bacaan al-Quran, berzikir, ~, bertahmid dan berdoa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tasbih | 1 doa utk memuji-muji Allah dgn melafazkan kalimah Subhanallah berulang-ulang. 2 rantai drpd manik dll yg digunakan utk menghitung doa atau zikir. bertasbih 1 membaca tasbih; melafazkan puji-pujian kpd Allah. 2 memakai atau menggunakan tasbih. mentasbihkan membaca (doa) utk memuji-muji Allah: ~ doa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tasbih I | Ar 1. puji-pujian kpd Allah (dgn me-lafazkan Subhanallah); 2. serantai manik (drpd batu dll) spt kalung utk menghitung doa (zikir): ia senantiasa membilang buah ~ sepanjang hari; 3. rosario (dlm agama Kristian); sembahyang ~ a) sembahyang sunat yg di-kerjakan dgn membaca tasbih sebanyak 75 kali pd setiap rakaat mengikut urutan (dlm agama Islam); b) berdoa dgn membilang buah tasbih (dlm agama Kristian); bertasbih membaca (melafazkan) tasbih, melafazkan puji-pujian kpd Allah: mendengar bacaan al-Quran, berzikir, ~, bertahmid dan berdoa; mentasbihkan memuji-muji Tuhan, membaca tasbih terhadap (Allah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |