bertebuk | (telah) ditebuk: biasanya kulit siput itu ~ di belakangnya supaya mudah dijadikan kalung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baju kurung | sj baju (pakaian) tradisional orang Melayu (dipakai oleh wanita), bertebuk bulat di leher dgn sedikit bukaan di bahagian dada, berlengan panjang, dan berpesak di kiri kanan: dia kelihatan ayu dgn baju ~ merah jambu itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurung II | ; baju ~ sj baju (pakaian) tradisional orang Melayu (dipakai oleh wanita), bertebuk bulat di leher dgn sedikit bukaan di bahagian dada, berlengan panjang, dan berpesak di kiri kanan: dia kelihatan ayu dgn baju ~ merah jambu itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebuk I | 1. lubang yg tembus (lubang butang, lubang tali kasut, dll); 2. lekuk yg dalam (lubang lesung dll); 3. berlubang, tembus, tembuk; bertebuk (telah) ditebuk: biasanya kulit siput itu ~ di belakangnya supaya mudah dijadikan kalung; menebuk membuat lubang pd, melubangi, menembusi, menggerek: ~ lubang butang; kelapa ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya; tebukan hasil drpd menebuk, lubang dll yg telah ditebuk: jalan potong dan kadang-kadang ~ terpaksa dibina apabila jalan kereta api melalui kawasan bukit; penebukan perihal (kerja, proses) menebuk; penebuk alat utk menebuk: ~ gabus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |