songsong I | berlawanan (bertentangan) arah; ~ arus belayar bertentangan dgn arah arus; bersongsong berjalan (dll) bertentangan arah, bertembung di jalan (tetapi berlainan arah), berpapasan dgn: pemandu kereta dan penunggang basikal itu ~ di jalan; menyongsong 1. menempuh sesuatu yg bertentangan arahnya (ketika belayar menentang arus air dll): pelayarannya tiada berapa laju sebab ~ angin barat; menyeberang lautan ~ gelombang; 2. menyambut kedatangan orang (tetamu dll), mengalu-alukan: budak-budak berkejaran ke pintu jalan ~ bapanya balik dr kerja; 3. melawan (utk membasmi), menentang; 4. menyambut (hari jadi, hari raya, dll) dgn perayaan; 5. membayar ganti rugi, menyilih; 6. memenuhi (harapan dll); 7. mengembalikan wang yg berlebih; 8. pergi (ke), datang: tak malukah abang ~ ke tempat yg lengang sepi ini? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkonfrontasi | 1. saling berhadapan antara dua orang dll yg bertentangan, bersemuka; 2. bermusuhan (bertentangan) secara langsung (yg boleh mencetuskan pergaduhan, peperangan, dsb): masing-masing ~ terhadap yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertentangan dgn | berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertentangan | 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, kedudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. berlawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertentangan | 3 ki tidak berbaik antara satu dgn yg lain; bermusuhan; berlawanan: Kami jarang-jarang bergaduh atau ~. | Kamus Pelajar |
bertentangan | 2 tidak sama (arah, pendapat) dll; berlawanan: arah yg ~ . Pendapatnya ~ dgn pendapat saya. | Kamus Pelajar |
bertentangan | 1 saling berhadap; berhadap-hadapan: Mereka duduk ~ dgn kami. | Kamus Pelajar |
sudut bertentangan | pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak bertentangan antara satu dgn yg lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sudut bertentangan | pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak di sebelah bertentangan titik persilangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konfrontasi | perbuatan memusuhi atau menentang sesuatu pihak; persemukaan antara dua pihak yg bertentangan (bermusuhan). berkonfrontasi bermusuhan (antara dua pihak); bersemuka antara dua pihak yg bertentangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |