Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
songsong Iberlawanan (bertentangan) arah; ~ arus belayar bertentangan dgn arah arus; bersongsong berjalan (dll) bertentangan arah, bertembung di jalan (tetapi berlainan arah), berpapasan dgn: pemandu kereta dan penunggang basikal itu ~ di jalan; menyongsong 1. menempuh sesuatu yg ber­tentangan arahnya (ketika belayar menen­tang arus air dll): pelayarannya tiada berapa laju sebab ~ angin barat; menyeberang lautan ~ gelombang; 2. menyambut ke­datangan orang (tetamu dll), mengalu-alukan: budak-budak berkejaran ke pintu jalan ~ bapanya balik dr kerja; 3. melawan (utk membasmi), menentang; 4. menyambut (hari jadi, hari raya, dll) dgn perayaan; 5. mem­bayar ganti rugi, menyilih; 6. memenuhi (harapan dll); 7. mengembalikan wang yg berlebih; 8. pergi (ke), datang: tak malukah abang ~ ke tempat yg lengang sepi ini?Kamus Dewan Edisi Keempat
bersongsongberjalan (dll) bertentangan arah, bertembung di jalan (tetapi berlainan arah), berpapasan dgn: pemandu kereta dan penunggang basikal itu ~ di jalan;Kamus Dewan Edisi Keempat
berlawanan1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama: pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba (utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan dll): kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San; 3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami;Kamus Dewan Edisi Keempat
selatanmata angin (arah) yg bertentangan dgn utara, daksina, kidul; ~ daya = ~ barat daya arah antara barat daya dgn selatan; ~ menenggara arah antara selatan dgn tenggaraKamus Dewan Edisi Keempat
lawan1. pasangan yg tepat, jodoh: ulam ~nya sambal; ~ menari pasangan menari; 2. imbangan, tandingan: kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di kampung kami; 3. musuh (dlm peperangan, permainan, sukan, dll), tentangan: tuan telah berjaya mengalahkan ~ tuan; 4. tentangan (spt laki-laki dgn perem­puan), kebalikannya: kecil ~nya besar; gelap ~nya terang; 5. = melawan: jikalau dapat, kami ~; jikalau tidak dapat, kami berlepas diri; ~ asas Id bertentangan dgn yg lazim (pendapat dll); ~ hukum a) melawan hak; b) Id melanggar hukum; ~ politik tentangan dlm politik; berlawan 1. mempunyai lawan (tandingan dll): hulubalang terlalu perkasa tiada ~ di dlm negeri; 2. bersalahan (pd hukum, undang-­undang, dll), bertentangan dgn: perbuatan yg ~ dgn undang-undang; 3. bertanding (dlm permainan dll), beradu: Baba Melaka telah ~ pantun dgn orang dr Kedah; ~ senjata; berlawanan 1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama: pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba (utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan dll): kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San; 3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami; berlawankan sl menentang utk, berlawan kerana: kurang ia ~ Duli Yang Dipertuan lebih ia ~ anak isterinya bersungguh-sungguh; melawan 1. menentang (musuh, lawan, dll), menyangkal: yg hamba harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba; tidak baik ~ kedua-dua ibu bapa; ~ kuman penyakit; 2. melayan (berbual dll), membuat kawan (ber­cakap dll): orang-orang yg dilawannya ber­bicara itu terdiri drpd orang-orang yg tidak berapa biasa dengannya; 3. menandingi (dlm perniagaan, perjalanan, dll), menyaingi (utk menyamai atau melebihi yg lain), beradu dgn; melawani sl menentang akan, melawan akan, memusuhi: surat ini hendak pun tidak dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; memperlawankan 1. membuat supaya ber­kelahi (bermusuh, berlaga, dll), memperlaga­kan, mengadu; 2. menjadikan bertentangan (berlawanan dll); kelawanan ark kebolehan (kecekapan, ke­sanggupan) utk melawan atau berlawan; perlawanan 1. perihal melawan (menentang musuh dll), tentangan: Rommel kembali ke Jerman utk memimpin ~ terhadap pendaratan pasukan-pasukan pihak Berikat; pemerintah­an Belanda di Indonesia menyerah kpd tentera Jepun dgn tidak mengadakan ~ yg tegas; 2. pertandingan (sukan dll), peraduan: pasukan hoki tersebut akan mengadakan ~ persahabatan di Melaka; 3. perihal ber­lawanan (spt siang dgn malam dll), perten­tangan (makna dll): ~ kata; pelawan (orang yg) suka melawan atau menentang, orang dll yg dijadikan lawan, penentang, pembantah, penyangkal: diperoleh ayam akan ~ ayam Raja Chulan itu; anak ~ anak derhaka.Kamus Dewan Edisi Keempat
utara Iarah mata angin yg bertentangan dgn selatan: ~ barat laut arah mata angin di antara utara dgn barat laut; ~ timur laut arah mata angin di antara utara dgn timur laut; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
utara Iarah mata angin yg bertentangan dgn selatan: ~ barat laut arah mata angin di antara utara dgn barat laut; ~ timur laut arah mata angin di antara utara dgn timur laut; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara.Kamus Pelajar
songsong arusbelayar bertentangan dgn arah arus;Kamus Dewan Edisi Keempat
lawan jamgerakan (pusingan) yg arahnya bertentangan dgn arah gerakan jarum jam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sebelah-menyebelahpd kedua-dua bahagian atau pd arah yg bertentangan; seberang-menyeberang letaknya: Kedai besar berbanjar di ~ jalan raya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234

Kembali ke atas