bertepuk tangan | menamparkan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi (sbg tanda gembira dll): Para penonton ~ tangan apabila pemain pasukan Malaysia menjaringkan bola ke dlm gol pasukan lawannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertepuk | , = ~ tangan menamparkan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi (sbg tanda gembira dll): Para penonton ~ tangan apabila pemain pasukan Malaysia menjaringkan bola ke dlm gol pasukan lawannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertepuk tangan | mengadakan bunyi dgn menamparkan kedua-dua telapak tangan (tanda gembira, bersetuju, dll): kanak-kanak boleh disuruh ~ atau menghentakkan kaki mengikut rentak lagu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertepuk tampar | bergurau, bersenda: tidak spt selalu mereka ~ tampar dan ketawa berdekah-dekah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertepuk, = ~ tangan | menamparkan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi (sbg tanda gembira dll): Para penonton ~ tangan apabila pemain pasukan Malaysia menjaringkan bola ke dlm gol pasukan lawannya. | Kamus Pelajar |
bertepuk | a) ~ tampar bergurau, bersenda: tidak spt selalu mereka ~ tampar dan ketawa berdekah-dekah; b) bertepuk tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampar I | pukulan dgn tapak tangan, tepuk (dgn kuat): kena ~ dan nista;biar kena ~ dgn jari yg bercincin drpd kena jentik dgn tangan yg berkudis = kalau kena ~, biarlah dgn tangan yg pakai cincin, kalau kena tendang, biarlah dgn kaki yg pakai kasut prb kalau tersalah dlm sesuatu perkara biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa atau ditegur oleh orang yg berilmu drpd dianiaya oleh orang yg bodoh; se~ seemas, dua ~ seemas baik ditampar benar-benar prb sepala-pala nama jahat jangan kepalang;bertampar bertepuk; ~ dada bertepuk dada; ~ tangan bertepuk tangan; bertampar-tampar saling menampar antara satu sama lain; bertampar-tamparan saling menampar antara satu sama lain; menampar 1. memukul dgn tapak tangan, menepuk: dua tiga kali sudah Tun Biajid diikat oleh ayahnya, sekali kerana ~ hamba raja; 2. ki memukul perlahan (angin), memuput, menempuh (ombak dll): angin malam yg dingin ~ tubuhnya; kedengaran bunyi ombak perlahan-lahan ~ pantai;menampar-nampar, menampari menampar berulang-ulang (berkali-kali): permaisuri pun meratap juga serta menumbuk-numbuk dan ~ dada; menamparkan menggunakan sesuatu utk menampar, menampar dgn; tamparan 1. pukulan dgn tapak tangan, tepukan: dia terkenang pd ~ suaminya; 2. ki pukulan (ombak dll), tempuhan (angin): ~ ombak yg tidak berhenti itu memecahkan timbunan batu-batan; 3. peristiwa, kritikan, dsb yg tidak menyenangkan hati: isu bahasa itu memberikan ~ yg hebat kepadanya; ~ nyamuk tulang belikat;penampar pukulan dgn tapak tangan, tamparan: sebuah ~ dr tangan kiri hinggap ke pipinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertampar | bertepuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergendang tangan | bertepuk tangan spt bergendang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tepukan | perbuatan bertepuk (menepuk). | Kamus Dewan Edisi Keempat |