berdaulat | 1. bertuah, berbahagia; 2. mempunyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertuah | 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung: ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani melawan ayamnya itu; 3. ark ketulahan, terpesona; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuah | 1. untung (yg berlebihan), bahagia: ia memikirkan tentang hal dirinya sendiri, tentang ~ dan celaka nasibnya sendiri; di tengah-tengah hidup yg malang kami dilimpahi ~; mengadu ~ mengadu untung (berserah kpd nasib); menolak ~ melepaskan peluang baik; untung ada ~ tiada ada pendapatan tetapi tidak kaya (kaya tetapi tidak pula terkenal); 2. pengaruh (kuasa) yg membawa keuntungan (kebahagiaan dll), keramat, sakti: tangkal-tangkal itu dikatakan mempunyai ~ yg besar; 3. keistimewaan (kehormatan, kemuliaan, kemasyhuran, dll); ~ badan untung diri seseorang; ~ berma Br tanda merah pd bayi ketika dilahirkan; ~ periuk Br tompok-tompok biru tua pd bayi ketika dilahirkan; ~ anjing celaka kuda prb sesuatu yg menjadi kebahagiaan pd seseorang mungkin menjadi kecelakaan pd orang lain; ~ ayam boleh dilihat, ~ manusia siapa tahu? prb tiada siapa dapat menentukan untung nasib seseorang itu; ~ kerbau gemuk, ~ lumbung berisi, ~ manusia semuafakat prb kerbau terpuji kalau ia gemuk, lumbung kalau berisi padi, dan manusia pula kalau sepakat (bersatu); ~ melambung tinggi, celaka menimpa badan prb orang yg ditimpa oleh kesusahan besar; ~ sebesar bukit, celaka menimpa badan prb orang yg pandai tetapi tidak tetap pekerjaan-nya, oleh itu penghidupannya menjadi susah; menghijau ~, najis keluar prb kerana hendak-kan kemuliaan (kehormatan) seseorang boleh mendapat kehinaan; tiada tertikam ~ oleh berani prb orang yg bertuah itu tidak dapat dialahkan dgn keberanian; bertuah 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung: ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani melawan ayamnya itu; keris ~ keris sakti; 3. ark ketulahan, terpesona; hendak kaya berdikit-dikit hendak ~ tertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb jimat cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani; sudah dapat gading ~ tanduk tiada berguna lagi prb sudah mendapat yg lebih baik yg kurang baik ditinggalkan; menuahi 1. mendatangkan tuah (kebaikan, kebahagiaan, dll), memberkati; 2. mengatakan bertuah; menuahkan 1. menghebah-hebahkan (men-cerita-ceritakan) keistimewaan (kekayaan, kemuliaan) orang; 2. = ~ menjadi... menentukan dll menjadi...; ketuahan 1. memperoleh tuah; 2. kesaktian (keris dll), keunggulan (kemuliaan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daulat | 1. bahagia, kebahagiaan (pd raja-raja yg memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudahan berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku; berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mempunyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain; berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mempunyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain; mendaulat 1. menjunjung (mengabdi, berkhidmat kpd raja); 2. Id, bp merampas (kekuasaan dll) dgn tidak sah, menurunkan orang berpangkat atau berkuasa (spt raja dll) dr kedudukannya dgn paksaan: Raja Faruk telah didaulat oleh rakyat Mesir; mendaulatkan menjadikan berdaulat, mem-beri hak (kuasa dll), menjadikan berwibawa: perjuangan hendak ~ Bahasa Kebangsaan bukan perjuangan baru; kedaulatan kekuasaan yg tertinggi: ~ Raja-raja Melayu diakui oleh perlembagaan; ~ rakyat demokrasi; ~ undang-undang kedudukan undang-undang sesebuah negara sbg kuasa tertinggi yg mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak atau lapisan masyarakat; pendaulatan perihal atau perbuatan mendaulatkan: ~ Bahasa Kebangsaan; pendaulat 1. bp orang yg mendaulat; 2. orang atau pihak yg mendaulatkan: kononnya negara itu dianggap sbg ~ demokrasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertuah | 1 mempunyai tuah; beruntung: Ia berasa ~ kerana mempunyai anak yg pandai. | Kamus Pelajar |
cintamani | sl 1. sj permata bertuah yg boleh menolong tercapainya cita-cita; 2. = ular ~ sj ular yg mendatangkan kebahagian kpd orang yg mendapatnya (terutama orang yg sedang berada dlm alam percintaan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencabut | 1. menarik (sesuatu) supaya terlepas (keluar, tertanggal) drpd sesuatu: ~ rumput; ~ ubi kayu; ~ keris; ~ pistol; ~ bulu ayam; ~ uban; ~ gigi; ~ paku; ~ nyawa ki mengambil nyawa orang, mematikan; 2. mengambil drpd kumpulan atau tompokan (daun terup dsb), menarik (undian dll): ~ daun; ~ nombor bertuah mengambil satu nombor drpd kumpulan utk menentukan yg bertuah memenangi sesuatu hadiah; ~ undi memilih dgn mengundi; ~ undian (loteri) a) menarik undian (loteri); b) menang loteri; ~ untung mendapat (menarik, memperoleh) keuntungan; 3. menarik kembali (apa yg telah diberikan, dikatakan, dikeluarkan, dll): ia tidak mahu ~ usulnya itu; 4. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan, meniadakan: sesuatu revolusi harus ditujukan utk membongkar dan ~ keburukan dgn akar umbinya sekali; 5. memetik, mengutip (drpd karangan dsb): puisi ini dicabut drpd majalah tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabut I | 1. tarik; 2. keluar (pergi, lari) dr sesuatu tempat: anak abang itu jangan abang ~ dr sekolah supaya ada pelajarannya sedikit; ~ lari lari meninggalkan sesuatu tempat dgn segera; bercabut (telah) dicabut, terbantun, terhunus; mencabut 1. menarik (sesuatu) supaya terlepas (keluar, tertanggal) drpd sesuatu: ~ rumput; ~ ubi kayu; ~ keris; ~ pistol; ~ bulu ayam; ~ uban; ~ gigi; ~ paku; ~ nyawa ki mengambil nyawa orang, mematikan; 2. mengambil drpd kumpulan atau tompokan (daun terup dsb), menarik (undian dll): ~ daun; ~ nombor bertuah mengambil satu nombor drpd kumpulan utk menentukan yg bertuah memenangi sesuatu hadiah; ~ undi memilih dgn mengundi; ~ undian (loteri) a) menarik undian (loteri); b) menang loteri; ~ untung mendapat (menarik, memperoleh) keuntungan; 3. menarik kembali (apa yg telah diberikan, dikatakan, dikeluarkan, dll): ia tidak mahu ~ usulnya itu; 4. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan, meniadakan: sesuatu revolusi harus ditujukan utk membongkar dan ~ keburukan dgn akar umbinya sekali; 5. memetik, mengutip (drpd karangan dsb): puisi ini dicabut drpd majalah tersebut; mencabuti mencabut berkali-kali, mencabut banyak-banyak (sekali gus); mencabutkan mencabut (sesuatu) utk orang lain, menarikkan: Abu ~ kami beberapa perdu ubi keledek utk dibawa pulang; tercabut 1. sudah dicabut; 2. dapat (boleh) dicabut: keris itu tidak ~ drpd sarungnya; cabutan 1. apa yg (sudah) dicabut, diambil dr sesuatu; ~ bertuah undian yg dibuat dgn mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yg menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (drpd karangan dsb); pencabutan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) mencabut, penarikan (kembali), pembatalan, penghapusan; pencabut orang yg (alat utk) mencabut; ~ paku alat utk mencabut paku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabutan | 1. apa yg (sudah) dicabut, diambil dr sesuatu; ~ bertuah undian yg dibuat dgn mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yg menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (drpd karangan dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wasiat II | 1. pusaka; keris ~ keris pusaka; 2. yg bertuah, yg dapat membuat sesuatu yg ganjil dll, yg aneh, yg ghaib: tongkat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |