tunjang I | ; akar ~ akar yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menguatkan pendirian pokok); bertunjang 1. ada akar tunjangnya (tumbuh-tumbuhan); 2. ki berpegang teguh (pd), berasas (pd), bersandar (pd): ajaran mereka itu tidak ~ pd agama, tidak bersandar pd logik; ~ kayu ara, ~ pula mali-mali prb orang hina dan miskin hendak menyerupai orang mulia dan kaya; bertunjangkan ki berasaskan, berdasarkan, bersandarkan: Hassan Ali akan mewakili generasinya dlm bidang penulisan cerita-cerita pendek lucu dan menyindir yg ~ jiwa orang Melayu; kenyataan ini ~ fakta bahawa bahasa baku adalah ragam yg dihubungkan dgn suasana rasmi dan formal; menunjang 1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: se-masa aku sekolah, mamakku turut ~ belanjaku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya; tunjang-menunjang saling bantu-membantu: saling bertukar pengalaman, pandangan, dan pendapat serta ~ dlm setiap gerakan dan kegiatan sasterawan; tunjangan bantuan (berupa wang dll) yg diberikan, pertolongan, sokongan: kaum penganggur di sini mendapat ~; penunjang 1. orang yg memberi tunjangan (bantuan dll), penyokong; 2. orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertunjang | 1. ada akar tunjangnya (tumbuh-tumbuhan); 2. ki berpegang teguh (pd), berasas (pd), bersandar (pd): ajaran mereka itu tidak ~ pd agama, tidak bersandar pd logik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paksi I | 1. puting (bahagian keris dll) yg masuk ke dlm hulunya; 2. gandar (roda dll), poros: ~ bumi; 3. garis (benar atau khayali) yg padanya sesuatu objek dapat berputar atau yg padanya bentuk atau binaan sesuatu objek itu bersimetri; ~ optik (Fiz) garis yg menyambungkan pusat optik dan pusat kelengkungan suatu sistem kanta; ~ putaran (Fiz) garis yg padanya sesuatu jasad berputar, atau garis lurus yg merentasi titik putaran jasad yg pegun, sedangkan titik lain pd jasad itu bergerak dlm bulatan; ~ simetri (Mat) garis lurus yg membahagi sesuatu bentuk atau rajah kpd dua bahagian yg sama saiz dan bentuk; berpaksikan ki berpegang pd, bertunjangkan: umat Islam harus ~ akidah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunjang | sesuatu yg menjadi asas dan menopang sesuatu yg lain: Amanah merupakan ~ pertumbuhan sesuatu masyarakat yg baik dan berharmoni. akar ~ akar dr batang dan tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah. bertunjang berpegang teguh atau bersandar pd. menunjang 1 menyokong supaya tidak rebah atau tidak condong. 2 memberikan bantuan atau sokongan. tunjangan bantuan atau pertolongan berupa wang dll yg diberikan. penunjang 1 orang yg memberikan tunjangan atau bantuan; penyokong. 2 orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |