tahlil | 1 kalimah lailahaillallah yg diucapkan berulang-ulang utk memuji Allah. 2 perbuatan melafazkan kalimah lailahaillallah berulang-ulang. bertahlil mengucapkan kalimah lailahaillallah berulang-ulang; melakukan tahlil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perulangan | 1. perihal berulang (berulang-ulang); 2. (sesuatu) yg berulang atau diulang-ulangi: satu contoh ialah penggunaan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersenyum-senyum | mengeluarkan senyum yg berulang-ulang dan agak berpanjangan, tersenyum berulang-ulang atau dgn agak ber-panjangan: beberapa orang mahasiswa ke-lihatan ~ memandang gelagat kami; dia ~ mendengar segala janjiku itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gericau | bunyi berulang-ulang yg keras (spt bunyi burung, kera, dll); menggericau mengeluarkan bunyi berulang-ulang yg keras (berkicau dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tubi | ; bertubi-tubi berulang-ulang; bertalu-talu: Ia menikam musuhnya ~. menubi melakukan sesuatu berulang-ulang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gentar | 1 gerakan berulang-ulang dgn cepat, spt tali gitar yg dipetik; getar. 2 ki tidak berani terhadap sesuatu yg dianggap dpt membahayakan diri sendiri; takut; cemas: Dlm peperangan itu, mereka sedikit pun tidak ~. bergentar bergerak berulang-ulang dgn cepat; bergetar: Seluruh tubuhnya ~ kesejukan. Terasa bumi ~ akibat letupan yg kuat itu. menggentarkan 1 menjadikan bergerak berulang-ulang dgn cepat; menjadikan bergentar; menggetarkan: Letupan bom itu telah ~ rumah-rumah yg berhampiran. 2 ki menimbulkan rasa takut atau gentar; menakutkan mencemaskan: Penjahat-penjahat di kawasan sempadan telah ~ pekerja-pekerja balak di sana. kegentaran 1 keadaan bergentar. 2 perasaan gentar (gelisah, takut, cemas); ketakutan. 3 mengalami keadaan gentar; berperasaan gentar. penggentar 1 sesuatu (alat dll) yg digunakan utk menggentarkan. 2 orang yg bersifat gentar; penakut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkala | (keluar, terbit, dsb) berulang-ulang pd waktu yg tetap (mengikut jangka waktu yg tertentu); majalah ~ majalah yg terbit berulang-ulang pd waktu yg tetap (pd tarikh yg ditetapkan); tiada ~ tiada tetap waktunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zikir | puji-pujian, doa dsb kpd Allah yg diucapkan berulang-ulang. berzikir mengucapkan puji-pujian, doa dsb kpd Allah berulang-ulang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tubi | ; bertubi-tubi bertalu-talu, berturut-turut, berulang-ulang, berlanjutan (tembakan, pukulan, dll): tiba-tiba terdengar bunyi tembakan ~; ditamparnya muka budak itu ~; menubikan membuat sesuatu dgn berulang-ulang (bersungguh-sungguh dll): Karim ~ pertanyaannya tadi; mempertubi-tubi, mempertubikan, mempertubi-tubikan memperhebat berkali-kali (terus-menerus dll): dipertubi-tubikan tikaman itu tiada juga kena. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gentar | 1. gerakan berulang-ulang dgn cepat spt tali gitar yg dipetik; getar. 2. ki tidak berani terhadap sesuatu yg dianggap dpt membahayakan diri sendiri; takut; cemas: Dlm peperangan itu, mereka sedikit pun tidak ~. bergentar bergerak berulang-ulang dgn cepat; bergetar: Seluruh tubuhnya ~ kesejukan. Terasa bumi ~ akibat letupan yg kuat itu. menggentarkan 1. menjadikan bergerak berulang-ulang dgn cepat; menjadikan bergentar; menggetarkan: Letupan bom itu telah ~ rumah-rumah yg berhampiran. 2. ki menimbulkan rasa takut atau gentar; menakutkan mencemaskan: Penjahat-penjahat di kawasan sempadan telah ~ pekerja-pekerja balak di sana. kegentaran 1. keadaan bergentar. 2. berperasaan gentar (gelisah, takut, cemas); ketakutan. penggentar 1. sesuatu (alat dll) yg digunakan utk menggentarkan. 2. orang yg bersifat gentar; penakut. | Kamus Pelajar |