rumpun | 1. kumpulan tumbuhan yg seolah-olah mempunyai akar yg sama (kerana tumbuh anak-beranak), perdu: ~ buluh; ~ padi; 2. ki perindukan (orang-orang yg seketurunan, mempunyai nenek moyang yg sama), segolongan besar bangsa (bahasa) yg sama asal dan jenisnya, golongan yg sejenis (karya kesusasteraan): ~ bangsa Mongol; bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dlm satu ~ bahasa; ~ cerita rakyat; 3. = ~ telinga lekuk daun telinga; 4. ikatan, rangkaian; alah di ~ betung prb, Mn kekalahan yg tidak memuaskan orang (pihak yg kalah); tak jauh rebung di ~nya prb perihal perangai anak yg tidak berbeza drpd orang tuanya; serumpun 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, seperindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api; ~ bagai serai, selubang (seliang) bagai tebu prb bersatu hati dlm segala hal; tebas buluh ~ prb perihal merosakkan seluruh kaum kerabat (kerana perbuatan yg tidak baik); keserumpunan perihal atau keadaan tergolong di dlm satu rumpun atau rumpun yg sama: ~ bahasa; berumpun, berumpun-rumpun 1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berumpun | , berumpun-rumpun 1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berumpun-rumpun | 1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rumpun | 1 kumpulan pokok dll yg sama jenisnya dan tumbuh berkelompok-kelompok, spt buluh, padi; perdu: ~ buluh; ~ padi. 2 kumpulan orang yg sama atau yg serupa asal usulnya; golongan bahasa atau bangsa yg sama asal dan jenisnya: ~ bangsa Mongolia. berumpun tumbuh sbg rumpun; berperdu. berumpun-rumpun beberapa rumpun; banyak rumpunnya. serumpun 1 satu rumpun: ~ buluh; ~ serai. 2 sekumpulan bahasa (bangsa) yg sama asalnya: Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu ini ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perdu | 1 bahagian pangkal pokok: ~ manggis. 2 kelompok pokok yg tumbuh berumpun-rumpun: ~ buluh. berperdu tumbuh sbg perdu; tumbuh dlm bentuk perdu; berumpun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perdu | 1 bahagian pangkal pokok: ~ manggis. 2 kelompok pokok yg tumbuh berumpun-rumpun: ~ buluh. berperdu tumbuh sbg perdu; tumbuh dlm bentuk perdu; berumpun. | Kamus Pelajar |
rumpun | 1 kumpulan pokok dll yg sama jenisnya dan tumbuh berkelompok-kelompok spt buluh, padi dll; perdu: ~ buluh; ~ padi. 2 kumpulan orang yg sama atau yg serupa asal-usulnya; golongan bahasa atau bangsa yg sama asal dan jenisnya: ~ bangsa Mongolia. berumpun tumbuh sbg rumpun; berperdu. berumpun-rumpun beberapa rumpun; banyak rumpunnya. serumpun 1 satu rumpun: ~ buluh; ~ serai. 2 sekumpulan bahasa (bangsa) yg sama asalnya: Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu ini ~. | Kamus Pelajar |