Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berurut-urut, berurut-urutan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
urut II; angka (nombor) ~ angka (nombor) yg berturut-turut; berurut-urut, berurut-urutan berturut-tu­rut (nombor, bilangan, dll), beriring-iringan, beruntun-runtun; urutan susunan (kejadian) yg berturut-turut, susunan yg teratur, rentetan: ~ peristiwa dlm T.N. kadangkala mengelirukan kerana susun-annya tidak teratur; menghadapi berbagai-bagai cabaran dan dugaan, mengalami bermacam ~ peristiwa serta menerima ber-bagai-bagai perubahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
berurut-urut, berurut-urutan berturut-tu­rut (nombor, bilangan, dll), beriring-iringan, beruntun-runtun;Kamus Dewan Edisi Keempat
urut I; tukang ~ orang yg kerjanya memicit-micit badan orang lain yg sakit-sakit. berurut membiarkan tubuh badan atau bahagian-bahagiannya dipicit-picit atau digosok-gosok utk memulihkan kesihatan dll. mengurut 1 memicit-micit dan menggosok-gosok badan atau bahagian-bahagiannya dgn tangan: Emaknya pandai ~. 2 menggosok perlahan-lahan dgn tangan utk membelai dll; mengusap: Ia ~ kepala anaknya sambil mengatakan sesuatu. ~ dada mengusap dada kerana sedih, kecewa dsb. urutan gerakan tangan utk mimicit-micit (badan dsb). pengurutan perbuatan atau hal mengurut. pengurut alat (mesin dsb) yg digunakan utk mengurut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
urut I; minyak ~ minyak angin dll yg diguna-kan ketika memicit atau menggosok badan; rumah ~ rumah tempat orang dipicit-picit atau diramas-ramas badannya; tukang ~ tukang picit (badan), orang yg memicit-micit (meramas-ramas dsb) badan seseorang atau tempat-tempat yg bengkak (terseliuh dll); berurut (sedang) dipicit-picit (badan), diramas-ramas (badan): barangkali sudah tidak banyak orang yg ingin ~ atau barangkali tangan orang tua itu sudah tidak kuat lagi; ~ dada ki mengusap dada (kerana berasa kecewa, susah, dll); ~ kuduk ki membujuk-bujuk; mengurut-urut mengurut berulang kali: tangannya pula turut ~ dada ibunya; mengurutkan menggosokkan, mengusapkan: ia minta hamba ~ lengannya yg terseliuh; urutan 1. gerakan tangan, mesin dsb utk mengurut bagi melegakan rasa sakit, me­ngurangkan ketegangan otot, melancarkan peredaran darah dsb: dia melakukan ~ utk merangsang peredaran darah; 2. hasil mengurut: ~nya melegakan rasa lenguh; pengurutan perbuatan dsb mengurut: ~ pd otot-otot, bermula dr ibu kaki; pengurut 1. orang yg mengurut, tukang urut: dia ~ yg berpengalaman; 2. alat utk meng-urut (anggota badan dsb): setiap bilik itu dilengkapi ~ kaki utk melegakan badan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas