usia | umur: sudah lanjut pula ~nya; Utusan Melayu genap 49 tahun ~nya esok; ~ mental (Ubat) tahap kecerdasan seseorang ber-dasarkan peringkat umurnya (diketahui me-lalui ujian kecerdasan); berusia 1. mempunyai usia, berumur: beliau telah menjadi anggota parti ketika ~ 14 tahun; 2. = ~ lanjut (sudah) agak tua: pengadil biasanya terdiri drpd orang-orang yg telah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berusia | 1. mempunyai usia, berumur: beliau telah menjadi anggota parti ketika ~ 14 tahun; 2. = ~ lanjut (sudah) agak tua: pengadil biasanya terdiri drpd orang-orang yg telah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berumur | 1. mempunyai umur, berusia: tiap-tiap ahli Dewan Negara mestilah ~ tidak kurang drpd tiga puluh tahun; puisi Melayu moden telah ~ lima dekad; 2. sudah agak tua (lanjut) umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi; penuntut-penuntut itu termasuk orang-orang muda dan juga yg sudah ~, dan drpd berbagai-bagai lapangan hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tian I | 1. bahagian perut tempat bayi berada semasa dlm kandungan, kandungan; dlm ~ mengandung, hamil; mandi ~ istiadat mandi waktu sedang mengandung (biasanya apabila kandungan berusia tujuh bulan); 2. anak (mamalia) yg masih dlm kandungan: bagaimanakah caranya ~ binatang mamalia mendapat makanan dan oksigen sebelum ia dilahirkan; bertian mengandung, hamil; meniani membuntingi, menghamilkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umur | 1. jangka masa hidup atau hayat seseorang (sesuatu) mulai dilahirkan (diada-kan dsb), jangka waktu sejak dilahirkan (diadakan dsb), usia: ~ budak ini baharu enam tahun; cukup (sampai) ~ sudah dewasa; di bawah ~ belum dewasa; dimakan ~ sudah tua; dlm ~ tuanya pd ketika dia telah tua; lanjut (lewat) ~ sudah tua; panjang ~ lama hidupnya; pendek (singkat) ~ tidak lama hidupnya (mati semasih muda); 2. ki hidup, hayat, nyawa: kalau ada ~, kita akan bertemu lagi; ~ setahun jagung (darah setampuk pinang) prb seseorang yg masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat; seumur 1. sama umurnya (dgn), sama tua, sebaya: budak itu ~ dgn adik saya; 2. sama lamanya, sama lama adanya, selama; ~ hidup selama hidup; ~ jagung a) setahun jagung, (jangka masa) tiga atau empat bulan; b) tidak lama, sekejap sahaja; berumur 1. mempunyai umur, berusia: tiap-tiap ahli Dewan Negara mestilah ~ tidak kurang drpd tiga puluh tahun; puisi Melayu moden telah ~ lima dekad; 2. sudah agak tua (lanjut) umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi; penuntut-penuntut itu termasuk orang-orang muda dan juga yg sudah ~, dan drpd berbagai-bagai lapangan hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |