Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul-betul pada


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sektor rosak(bad sector)Sektor pada cakera yang tidak boleh dibaca atau ditulis dengan betul. Biasanya kerosakan pada sektor ini berpunca daripada kecacatan pada permukaan cakera dan ada kalanya sektor ini sengaja dirosakkan sebagai langkah keselamatan.Kamus Komputer
cukup1. tidak kurang (bilangan, banyak, besar, dll), sampai jumlahnya (besarnya dll), pada: pinggan mangkuk kita tidak ~, orang yg datang terlalu banyak; 2. sampai betul, genap (masa, usia, dll): hari Rabu ini ~lah empat puluh empat hari ia meninggal; ~ bulan a) genap sembilan bulan (mengandung); b) akhir bulan (hari gaji); ~ umur sudah akil baligh, sudah dewasa; 3. lengkap, sempurna (tidak ada kurangnya): putera kita ini sudahlah besar, dan ~ berakal; rumah itu ~ dgn perabotnya sekali; 4. sudah pd dgn itu (begitu) sahaja: kesukaan anaknya kpd Mariah telah ~ buat menundukkan hati nyonya itu; 5. sangat, lebih drpd yg memadai atau yg dijangka: badanku terasa ~ penat; mukanya ~ masam; 6. tidak kurang atau tidak lebih, lumayan, sedang: hasil yg diperolehnya boleh dikatakan ~lah buat mereka berdua; ~ keperluan sendiri tidak perlu apa-apa dr luar (segala keperluan dikeluarkan sendiri); 7. bp tidak kekurangan, agak kaya, berada: ayahnya orang yg ~; secukup; ~ hidup cukup utk membiayai perbelanjaan hidup sahaja; mencukupi 1. memadai, lengkap (keperlu­an, keinginan, dll): binatang itu memerlukan makanan yg ~; apabila sudah diperolehnya habuan-habuan yg ~, tinggallah mereka setahun dua di darat; 2. tidak kurang (utk sesuatu hal, keperluan, dll): buku kecil ini tentulah tidak ~ utk menerangkan segala-galanya; pendapatannya tidak ~ utk keperluan hidup diri dan keluarga; 3. bagi menjawab atau membalas (biasanya bkn jawaban dlm surat-menyurat): ~ surat tuan; mencukupkan menjadikan (memandang) cukup, melengkapkan, memadakan, menam­bah supaya cukup: utk ~ pendapatannya, ia perlu bekerja dgn lebih keras lagi; kerana hendak ~ belanja itu, terpaksalah ia mencari wang lagi; kecukupan ada apa yg diperlukan, tidak ke­kurangan: orang datang begitu banyak sehingga meja dlm restoran itu tidak ~; orang boros tentu saja tidak ~ belanja; berkecukupan tidak kekurangan, cukup segala yg diperlukan; ketidakcukupan perihal tidak cukup: alasan ~ peruntukan wang juga boleh diatasi.Kamus Dewan Edisi Keempat
penjana kadar baud(baud rate generator)Peranti yang mengatur luang pemasaan yang betul di antara bit untuk penghantaran data bersiri. Peranti ini biasanya boleh diatur cara supaya menjanakan data pada kelajuan yang boleh diubah-ubah.Kamus Komputer
kpsSingkatan bagi keystroke per second, iaitu ketukan kekunci per saat. Kps merupakan unit untuk mengukur kepantasan menaip pada papan kekunci dengan mengukur kadar kekunci yang ditekan dengan betul dalam sesaat.Kamus Komputer
buat1. bp = berbuat, membuat: dia tu sehari dua ini ~ duit betul; 2. untuk, bagi: ~ sementara, rumah ini didirikan bukan ~ kita laki-laki; wang ~ beli baju; 3. dijadikan sbg: ~ penghibur di kala sunyi; ~ kawan (teman);berbuat 1. mengerjakan (melakukan) sesuatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai; membuat 1. = memperbuat membikin, membentuk, mencipta: ~ rumah; ~ surat; 2. mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan: apa yg hendak dibuat, nasi telah menjadi bubur; 3. menyebabkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan: ~ bagus; ~ buruk; ~ malu; ~ marah; ~ takut; ~ bodoh a) membodohkan; b) berpura-pura bodoh; 4. memperlakukan (orang dll): saya tak tahan melihatkan Narto dibuat begitu; 5. menggunakan utk, memakai utk: janganlah kain itu dibuat baju; 6. = membuat-buat berpura-pura, berlaku pura-pura, berbuat seakan-akan: senyuman yg dibuat-buat; ~ mahu, menuras tidak prb orang yg mencuba hendak membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas mempelajarinya; membuatkan membuat sesuatu utk: ia ~ adiknya segelas minuman;memperbuatkan membuat (dgn usaha): bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pd Bendahara;terbuat dibuat (drpd): dinding rumah itu ~ drpd papan peti susu;terperbuat telah dibuat (dikerjakan dll); jika yg baik ~ bersilang cerana datang, jika yg buruk ~ bersilang telunjuk di bibir prb perbuatan baik dapat pujian, perbuatan buruk dapat celaan; buatan 1. hasil pekerjaan: kasut ~ tempatan; baju ~ sendiri; 2. sesuatu yg dikerjakan, kerja: tak lain ~nya hanyalah berleter setiap hari; 3. cara (pekerjaan) membuat: rumah ini baik ~nya; 4. yg dibuat (manusia), dr alam (tidak asli): baja ~; bunga ~; 5. hasil ilmu ghaib: penyakitnya ini ~ orang; 6. = buat-buatan yg dibuat-buat, tidak sungguh-sungguh, pura-pura: sakit ~; tidur ~; bukan ~ bukan main-main, amat sangat;perbuatan segala yg dibuat, kerja, tindakan: dibuatnya segala ~ yg salah; ~ siapa ini?; ia melarat kerana ~nya sendiri; pembuatan perihal (kegiatan, usaha, dsb) membuat: perjanjian ini mengehadkan ~ kapal perang oleh Jepun;pembuat (orang dll) yg membuat: kilang ~ paku.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas