diskriminasi kaum | layanan yg berbeza-beza terhadap kaum yg berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beza | (béza) 1. = perbezaan keadaan atau sifat yg tidak sama antara satu drpd yg lain, kelainan, ketidaksamaan: banyak sekali ~ antara kedua-dua orang tua itu; 2. selisih (pd ukuran dll): satu ela dgn satu meter tidak jauh ~nya; ~ keupayaan (Fiz) kerja melawan daya elektrik yg dilakukan utk menggerakkan satu unit cas dr satu titik ke titik yg lain;berbeza berlainan: pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu ~ drpd pemerintahan mengikut kaedah persatuan;berbeza-beza, berbezaan berlain-lain, berlainan: adat itu mempunyai tafsiran yg ~ antara ahli-ahli penganutnya;membeza mengkhusus dr segi bentuk, ciri atau fungsi (bkn sel); membezakan 1. menunjukkan atau menyatakan apa yg berbeza antara beberapa perkara: tahu ~ yg buruk drpd yg baik; 2. mengesan perbezaan yg terdapat antara dua atau beberapa perkara, mengenali: pd waktu malam, dia tidak dapat ~ warna hijau dgn warna biru; tidak dapat ~ yg mana karya asli dan yg mana karya tiruan; 3. = membeza-bezakan memberi layanan yg tidak sama antara satu sama yg lain: dia tidak pernah ~ kasih sayangnya terhadap anak-anaknya; memperbezakan menjadikan dua unsur (benda, perkara) berbeza antara satu sama lain;perbezaan 1. beza, kelainan, ketidaksamaan: ada ~ antara negeri-negeri Melayu yg bersekutu dgn negeri-negeri yg tidak bersekutu; 2. selisih; ~ upah selisih bayaran antara seorang (segolongan) buruh dgn buruh (golongan) lain;pembezaan 1. perihal (perbuatan dsb) membezakan: ~ gaji laki-laki dan perempuan;pemerhati politik biasanya membuat ~ antara kuasa gergasi dan kuasa kecil; 2. (Bio) perkembangan sel bukan khusus (spt sel embrio haiwan) menjadi sel khusus (spt sel pd organ tertentu); pembeza (orang, benda) yg membezakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beza | /béza/ 1 sifat atau keadaan yg menjadikan sesuatu benda lain drpd yg lain: Cuba kamu nyatakan apa ~nya antara dua orang pemimpin itu. 2 ukuran atau kadar yg menjadikan beberapa benda tidak sama; selisih pd ukuran dsb: Berapa ~nya antara satu ela dgn satu meter? berbeza 1 tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2 tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. berbeza-beza tidak serupa sama sekali; berlainan: Pendapat manusia memanglah ~. membezakan 1 menyatakan ada bezanya; menunjukkan bezanya: Dia sudah dpt ~ yg baik drpd yg buruk. 2 memberikan layanan yg tidak sama: Kita seharusnya dpt ~ tugas rasmi drpd tugas peribadi. membeza-bezakan menganggap tidak sama; melebihkan yg satu drpd yg lain (dlm memberikan layanan): Kita janganlah ~ teman kita, sama ada mereka itu miskin ataupun kaya. perbezaan keadaan atau sifat berbeza: Kekecohan itu timbul drpd ~ pendapat. pembezaan 1 perbuatan atau hal membezakan: ~ rakyat berdasarkan warna kulit tidak seharusnya berlaku dlm zaman moden ini. 2 ist (fasa) perkembangan sel bukan khusus menjadi sel khusus utk menjalankan fungsi tertentu. pembeza 1 orang yg membezakan. 2 alat yg digunakan utk membezakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beza | /béza/ 1. sifat atau keadaan yg menjadikan sesuatu benda lain drpd yg lain: Cuba kamu nyatakan apa ~nya antara dua orang pemimpin itu. 2. ukuran atau kadar yg menjadikan beberapa benda tidak sama; selisih pd ukuran dsb:Berapa ~nya antara satu ela dgn satu meter? berbeza 1. tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2. tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. berbeza-beza tidak serupa sama sekali; berlainan: Pendapat manusia memanglah ~. membezakan 1. menyatakan ada bezanya; menunjukkan bezanya: Dia sudah dpt ~ yg baik drpd yg buruk. 2. memberikan layanan yg tidak sama: Kita seharusnya dpt ~ tugas rasmi drpd tugas peribadi. membeza-bezakan menganggap tidak sama; melebihkan yg satu drpd yg lain (dlm memberikan layanan): Kita janganlah ~ teman kita, sama ada mereka itu miskin ataupun kaya. perbezaan keadaan atau sifat berbeza: Kekecohan itu timbul drpd ~ pendapat. pembezaan perbuatan atau hal membezakan: ~ rakyat berdasarkan warna kulit tidak seharusnya berlaku dlm zaman moden ini. pembeza 1. orang yg membezakan. 2. alat yg digunakan utk membezakan. | Kamus Pelajar |
diskriminasi | perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb: ~ terhadap bangsa berkulit hitam telah mulai luput sekarang; perkara ~ yg dilakukan oleh pihak yg berkuasa itu tidaklah patut didiamkan sahaja; ~ harga pengenaan harga yg berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yg sama kpd pembeli yg berlainan; ~ kaum layanan yg berbeza-beza terhadap kaum yg berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dsb; ~ ras diskriminasi kaum; ~ sosial perihal membeza-bezakan seseorang dr segi kedudukannya dlm masyarakat; berdiskriminasi berbeza tindakan atau layanan terhadap sesama anggota masyarakat kerana berlainan warna kulit, agama, dll: para pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dlm membuat pilihan tentang media; mendiskriminasikan membeza-bezakan (dr segi layanan): golongan ini telah didiskriminasikan oleh golongan manusia yg lebih beruntung drpd mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beza keupayaan | (Fiz) kerja melawan daya elektrik yg dilakukan utk menggerakkan satu unit cas dr satu titik ke titik yg lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beza jelas(contrast) | 1. Punat kawalan pada monitor yang boleh diselaraskan untuk mendapatkan paparan yang jelas imejnya. 2. Perbezaan antara warna atau kegelapan cetakan pada dokumen dan pada latar dokumen cetakan yang perlu dibezakan oleh sistem pengecaman aksara. | Kamus Komputer |
diskriminasi | perlakuan membeza-bezakan sesuatu hal (kerana keturunan, warna kulit dll): Di sekolah-sekolah pun ada juga timbul perkara ~ antara murid-murid. ~ harga perihal atau perbuatan mengenakan harga yg berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yg sama kpd pembeli yg berlainan. ~ kaum layanan yg berbeza-beza terhadap kaum yg berlainan kerana beranggapan bahawa terdapat keadaan tidak seimbang dr segi kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dsb. mendiskriminasikan membeza-bezakan antara satu sama lain; memberikan layanan yg istimewa (berlainan) kpd golongan, negara dll tertentu: Terdapat golongan rendah yg didiskriminasikan oleh pihak tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbeza-beza | tidak serupa sama sekali; berlainan: Pendapat manusia memanglah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tan beza | tidak berbeza. | Kamus Dewan Edisi Keempat |