ketum | sj tumbuhan (pokok), bia, biak, Mitragyna speciosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdagang | 1. menjalankan perniagaan biasanya di tempat asing atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia memperoleh banyak keuntungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain: sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini menghitamkan kampung yg putih bersih itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menganggit | 1. menyemat atap (rumbia, nipah, dll); 2. memasang kulit pd gendang dgn rotan; 3. Jw mengarang, menggubah, mereka: ~ muzik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggit | ; menganggit 1. menyemat atap (rumbia, nipah, dll); 2. memasang kulit pd gendang dgn rotan; 3. Jw mengarang, menggubah, mereka: ~ muzik; anggitan 1. segala sesuatu yg dianggit; 2. Jw karangan, gubahan, rekaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memungut | 1. mengambil atau mengutip sesuatu yg ada di bawah (kerana jatuh dll): semua barang lama, tempurung, botol, dll hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; 2. memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dll): petani gembira ~ hasil tanaman mereka; kanak-kanak yg rajin ~ bunga; 3. ki mengambil manfaat (faedah, untung, dll): kita yg bersusah-payah, orang lain yg ~ hasilnya; 4. menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dll): pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam; kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran; hasil zakat yg dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan; 5. mengutip atau memetik (karangan dll), mengambil atau meminjam kata-kata (drpd bahasa lain): buku ini mengandungi beberapa cerita yg dipungut drpd beberapa hikayat yg terkenal; 6. = memungutkan ark mengambil akan anak, mengambil (laki-laki) utk dijadikan menantu, mengambil orang utk dijadikan pembantu rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan kupungut anak cucunya; 7. = ~ suara mengundi dgn mengambil suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pungut | ; anak ~ anak orang lain yg dipelihara dr kecil (anak angkat); mak ~ mak kpd anak pungut; saudara ~ orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang, saudara angkat; memungut 1. mengambil atau mengutip sesuatu yg ada di bawah (kerana jatuh dll): semua barang lama, tempurung, botol, dll hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; 2. memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dll): petani gembira ~ hasil tanaman mereka; kanak-kanak yg rajin ~ bunga; 3. ki mengambil manfaat (faedah, untung, dll): kita yg bersusah-payah, orang lain yg ~ hasilnya; 4. menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dll): pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam; kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran; hasil zakat yg dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan; 5. mengutip atau memetik (karangan dll), mengambil atau meminjam kata-kata (drpd bahasa lain): buku ini mengandungi beberapa cerita yg dipungut drpd beberapa hikayat yg terkenal; 6. = memungutkan ark mengambil akan anak, mengambil (laki-laki) utk dijadikan menantu, mengambil orang utk dijadikan pembantu rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan kupungut anak cucunya; 7. = ~ suara mengundi dgn mengambil suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua; memunguti memungut (mengambil) berkali-kali; memungutkan memungut (mengambil) sesuatu utk orang lain; pungutan sesuatu yg dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat; pemungutan perbuatan memungut: ~ hasil (cukai dll); ~ suara; pemungut 1. orang yg memungut: ~ derma; ~ sampah; ~ zakat; 2. orang yg mengetuai jabatan memungut hasil dll: ~ hasil tanah; ~ hasil setem. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merintis | 1. menerangi hutan (dgn menebangi kayu-kayuan dll) utk membuat jalan: mereka dgn segera mengukur, ~, dan menebas anak-anak kayu membuat lorong jalan; 2. meman-cang tanah yg akan dibuat jalan: pekerjaan ~ jalan raya ke pedalaman itu eloklah dilaku-kan oleh tenaga rakyat sendiri; 3. = ~ jalan pertama-tama mengerjakan sesuatu, membuka jalan, mempelopori: galakan harus diberikan kpd ahli-ahli sains Melayu utk ~ jalan supaya dapat dilalui oleh anak-anak Melayu; perubahan-perubahan besar yg dirintis oleh penghapusan faham feudal; 4. Kd menyiangi daun drpd pelepah (batang dll): ~ daun rum-bia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rintis | = rintisan jalan kecil dlm hutan (yg baru sahaja dibuat); merintis 1. menerangi hutan (dgn menebangi kayu-kayuan dll) utk membuat jalan: mereka dgn segera mengukur, ~, dan menebas anak-anak kayu membuat lorong jalan; 2. meman-cang tanah yg akan dibuat jalan: pekerjaan ~ jalan raya ke pedalaman itu eloklah dilaku-kan oleh tenaga rakyat sendiri; 3. = ~ jalan pertama-tama mengerjakan sesuatu, membuka jalan, mempelopori: galakan harus diberikan kpd ahli-ahli sains Melayu utk ~ jalan supaya dapat dilalui oleh anak-anak Melayu; perubahan-perubahan besar yg dirintis oleh penghapusan faham feuadal; 4. Kd menyiangi daun drpd pelepah (batang dll): ~ daun rum-bia; rintisan 1. rintis; 2. jalan kecil yg merupakan sempadan antara hutan yg sudah ditebas; 3. usaha yg pertama sekali (yg mula-mula); perintisan perbuatan merintis: pengamatan tentang perwatakan orang Melayu yg dilakukan oleh Raffles adalah satu ~ yg penting; perintis 1. = ~ jalan orang dll yg pertama sekali mengusahakan (mengerjakan) sesuatu, pembuka ja | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dagang I | 1. (berasal) dr tempat lain atau dr luar negeri (bkn orang, barang, dll), asing: dgn perjumpaan ini, saya tidak berasa ~ lagi tinggal di sini; anak ~ orang asing, orang yg berasal dr tempat (negeri) asing; beras ~ beras yg diimport dr luar negeri; orang ~ a) orang asing; b) orang yg berniaga, saudagar; pegawai ~ pegawai yg bertugas di negeri orang; 2. orang yg merantau atau mengembara, perantau: akan Laksamana, ia berusung itu dipandang oleh segala ~; orang tua itu mudah menolong kalau diminta, mudah membantu kalau ~ kesukaran; 3. perniagaan, jual beli: aku fikir bukan perahu nelayan, harus perahu itu perahu ~; tanaman ~ tanaman yg hasilnya diperniagakan; 4. barangan utk diperniagakan, barang jualan: maka segala saudagar pun tiap-tiap negeri datanglah berniaga dan ~ pun terlalulah banyak masuk, tumpah-ruah; ~ melarat orang yg merantau dan hidup menderita di tempat orang; ~ piatu orang asing seorang diri (sebatang kara); ~ senteri berbagai-bagai orang asing yg mendatang (saudagar, pelawat, pelajar, dll); laki pulang kelaparan, ~ lalu ditanakkan prb urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain; perahu bertambatan, ~ bertepatan prb melakukan sesuatu hendaklah sesuai dgn tempatnya; berdagang 1. menjalankan perniagaan biasanya di tempat asing atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia memperoleh banyak keuntungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain: sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini menghitamkan kampung yg putih bersih itu; mendagangkan, memperdagangkan menjadikan (barang dll) sesuatu utk dijual beli, menjualbelikan (barang-barang perniagaan), memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing): rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sbg menjual kambing, lembu, atau ayam itik; Nakhoda Jaya telah diamanahkannya memperdagangkan barang-barang dagangannya ke negeri-negeri lain; dagangan barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak; ~ bersambut a) dagangan yg diambil dgn berhutang; b) dagangan yg diamanahkan; ~ cergas urus niaga di pasaran saham dsb yg secara keseluruhannya memperlihatkan jumlah belian dan jualan yg besar; ~ keluar barang yg dieksport; ~ lembap urus niaga di pasaran saham dsb yg sangat perlahan dan berkurangan kerana pelabur tidak berminat utk memasuki pasaran atas sebab tertentu; ~ masuk barang yg diimport; ~ bersambut yg dia jual prb cerita dr orang lain yg diceritakannya kembali; perdagangan perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yg tinggi ke atas barang-barang yg diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha utk memajukan ~ antara negara-negara yg sedang maju; ~ antarabangsa perdagangan antara negara-negara di dunia ini; ~ bebas perdagangan antarabangsa yg tidak dikenakan sebarang sekatan spt kuota atau tarif terhadap barang import dr sesebuah negara; ~ entrepot perdagangan mengimport barang utk dieksport semula (spt yg dijalankan di pelabuhan spt Singapura, Hong Kong, dll); ~ gelap perdagangan yg dijalankan secara haram (tanpa membayar cukai dll); pedagang orang yg menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dgn negeri asing), orang yg berdagang, saudagar: kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan drpd merapati pantai negeri Jepun; ~ borong pedagang yg menjual dagangan secara borong kpd pekedai; ~ kecil pedagang yg berdagang dgn modal yg kecil; ~ perantara pedagang yg menjual barang-barang drpd saudagar besar kpd saudagar kecil, pedagang yg berlaku sbg orang tengah; ~ runcit orang yg menjual barang-barang terus kpd umum (iaitu pembeli atau pengguna sebenar) biasanya dgn sedikit-sedikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |