biadab | 1. tidak ada budi bahasa, tidak beradab: anaknya bersikap kurang ajar dan ~; 2. tidak bertamadun, belum maju: masih ada lagi bangsa yg ~ pd masa ini; kebiadaban perihal (kelakuan dsb) biadab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biadab | 1 tidak tahu adab; tidak berbudi bahasa; kurang ajar: ~ benar budak ini. 2 belum maju lagi; masih kuno cara kehidupannya dsb: Pd zaman moden ini, masih ada lagi kaum-kaum yg ~. kebiadaban sifat atau keadaan biadab. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
biadab | 1. tidak tahu adat; tidak berbudi bahasa; kurang ajar: ~ benar budak ini. 2. belum maju lagi; masih kuno cara kehidupannya dsb: Pd zaman moden ini, masih ada lagi kaum-kaum yg ~. kebiadaban sifat atau keadaan biadab. | Kamus Pelajar |
ceroboh I | 1. tidak senonoh atau tidak sopan (bkn kelakuan, perbuatan, dsb), melanggar tatasusila, biadab: berlaku ~ terhadap anak gadis orang; 2. keji, hina; menceroboh 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dsb): engkau berani ~ memegang tangan anakku!; dialah orangnya yg selalu ~ masuk ke bilik gadis atau isteri orang; 2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenaran (dgn tujuan utk mengganggu, mencabuli, melanggari, dsb): pengganas komunis telah ~ masuk ke kawasan sempadan Malaysia-Thai; mencerobohi 1. melakukan perbuatan ceroboh (curang, tidak senonoh, dll) terhadap (seseorang), berlaku biadab terhadap perempuan utk mencemarkan kehormatannya dsb, mencabuli: jadi kau yg masuk ke bilik Aida dan cuba hendak ~nya tadi? 2. memasuki kawasan orang atau wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenaran (dgn tujuan hendak mengganggu, menyerang, mendudukinya, dsb): bangsa yg berniat jahat sahaja yg ~ negeri orang; mempertahankan tanah air drpd dicerobohi tentera asing; ceroboh-mencerobohi saling mencerobohi: satu tempoh kestabilan dan tidak ~ selama 40 tahun; kecerobohan perihal ceroboh, kecabulan, kebiadaban, ketidaksopanan (kelakuan, tindakan); pencerobohan perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh(i), pencabulan: kita mesti mempertahankan diri drpd ~ musuh; kita sering terdengar rungutan nelayan kita tentang ~ nelayan asing ke kawasan perairan negara ini; penceroboh orang (negara dll) yg menceroboh(i). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menceroboh | 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dsb): engkau berani ~ memegang tangan anakku!; dialah orangnya yg selalu ~ masuk ke bilik gadis atau isteri orang; 2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenaran (dgn tujuan utk mengganggu, mencabuli, melanggari, dsb): pengganas komunis telah ~ masuk ke kawasan sempadan Malaysia-Thai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menerbitkan | 1 membangkitkan atau menimbulkan perasaan (marah, benci dll): Kelakuannya yg biadab itu telah ~ kemarahan gurunya. 2 mengeluarkan dan mengedarkan buku, majalah dll; menyiarkan berita dlm surat khabar dll: Dewan Bahasa dan Pustaka telah banyak ~ buku utk sekolah rendah. 3 mendatangkan bahaya (kerugian, penyakit dll): Kejatuhan harga getah telah ~ kerugian yg besar kpd syarikat itu. 4 menghasilkan atau mengeluarkan sesuatu; menyebabkan terbit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lancang II | 1. tidak senonoh (kelakuan, pengucapan, dll), tidak sopan, biadab: jangan marah kalau aku terlanjur dan dipandang ~ menulis surat kepadamu; 2. terlalu cepat (mengatakan atau melakukan sesuatu yg tidak baik atau sopan), lepas cakap (mulut): mengapa mulut engkau begitu ~?; ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg tidak senonoh (yg menyakiti hati dsb); melancangkan melakukan sesuatu (yg tidak senonoh) dgn berani atau dgn cepat: mereka cuba ~ tangan mereka utk mengusik tubuh Esah; terlancang terlangsung (melakukan sesuatu), terlanjur; kelancangan perihal lancang; ~ mulut perihal (sifat, perbuatan) lancang mulut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencerobohi | 1. melakukan perbuatan ceroboh (curang, tidak senonoh, dll) terhadap (seseorang), berlaku biadab terhadap perempuan utk mencemarkan kehormatannya dsb, mencabuli: jadi kau yg masuk ke bilik Aida dan cuba hendak ~nya tadi? 2. memasuki kawasan orang atau wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenaran (dgn tujuan hendak mengganggu, menyerang, mendudukinya, dsb): bangsa yg berniat jahat sahaja yg ~ negeri orang; mempertahankan tanah air drpd dicerobohi tentera asing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbit | 1 membangkitkan atau menimbulkan perasaan (marah, benci dll): Kelakuannya yg biadab itu telah ~ kemarahan gurunya. | Kamus Pelajar |
bacar | 1. lancar (bercakap, biasanya dlm erti yg kurang baik), lancap; ~ mulut lancang berkata-kata (biadab) tanpa memikirkan akibatnya kpd orang yg mendengar, kesat bahasa; 2. peramah: isterinya itu ~ orangnya; kebacaran perihal bacar, kelancapan: dia dibenci kerana ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |