biar | 1. agar, supaya: berilah aku wang, ~ aku beli baju itu; 2. lebih baik (drpd): ~ mati drpd menanggung malu; 3. = ~lah tidak mengapa, tidak jadi apa, tidak ada halangan: ~ mati anak, jangan mati adat; ~ mati (dll) ~ hidup (dll) baik mati (dll) mahupun hidup (dll): ~ besar, ~ kecil asal ada; ~ begitu walau begitu; biarnya biarpun; biarpun meskipun; membiarkan 1. mengabaikan, tidak mempedulikan: air matanya yg mengalir itu dibiarkannya saja; 2. merelakan, mengizinkan, tidak melarang: dia tidak ~ dirinya diperlakukan begitu; terbiar 1. terabai, terbengkalai, terlantar: sungguh kasihan, adinda, akan bapa yg menderita dan anak yg ~; 2. ditinggalkan (didiamkan) begitu saja, tidak terganggu: suasana itu ~ begitu saja; keterbiaran keadaan terbiar: sekiranya berlaku kebuntuan atau ~; kebiaran terbiar: pd zaman penjajahan, kesusasteraan Melayu tidak dihargai, penghasilan sastera, dlm hal ini cerita pendek, adalah sesuai dgn keadaan ~ itu; lima enam helai kertas yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biarpun | meskipun; walaupun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
biarpun | meskipun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biarpun | meskipun; walaupun. | Kamus Pelajar |
walaupun | biarpun; meskipun: ~ hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
biarnya | biarpun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meskipun | sungguhpun, walaupun, biarpun, kendatipun: kepalanya terangguk-angguk alamat ia telah mengantuk, ~pun malam itu baru kira-kira pukul delapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerambil | kelapa, nyiur; biarpun setandan bagai ~, namun untung berlain-lain prb walaupun bersaudara kandung, keadaan masing-masing masih berlainan; memagar ~ condong, buahnya jatuh ke ladang orang prb kita yg memelihara (bersusah payah), orang lain yg mendapat faedah atau hasilnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kendatipun | walaupun, meskipun, biarpun: janggallah sekiranya permulaan babak ini didahului oleh si gadis, kendatipun begitu, tentunya ada juga yg berlaku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekalipun | meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |