biasanya | menurut yg lazim atau yg sudah-sudah; umumnya: Kursus itu ~ memakan masa setengah tahun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
panji-panji | kain yg biasanya berbentuk segi tiga sbg tanda; bendera (biasanya berbentuk segi tiga dan panjang). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
topi | tutup kepala yg biasanya berbirai. ~ besi topi yg dibuat drpd besi (biasanya dipakai oleh askar). ~ keledar topi keselamatan yg dipakai oleh penunggang motosikal dll. bertopi memakai topi; mempunyai topi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kanopi | 1 khemah yg biasanya dibuat drpd kanvas, kain, plastik dsb, yg biasanya didirikan semasa kenduri kahwin dsb utk tempat para tetamu menikmati hidangan. 2 langit-langit yg menjadi spt bumbung pd sesuatu. 3 bahagian dahan dan daun pokok-pokok yg tinggi, yg seolah-olah berjalin dan berbentuk spt bumbung: ~ hutan mengurangkan kesan titisan hujan ke atas tanah dan dgn itu mengurangkan hakisan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
panji | , = panji-panji kain yg biasanya berbentuk segi tiga sbg tanda; bendera (biasanya berbentuk segi tiga dan panjang). di bawah ~ di bawah naungan atau lindungan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nobat | 1 sj gendang besar yg biasanya dibunyikan ketika menabalkan raja. 2 sj pancaragam Melayu yg biasanya bermain ketika raja ditabalkan dll. menobatkan menjadikan raja; menabalkan. penobatan perbuatan atau hal menabalkan raja; penabalan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ulas II | 1. isi buah, biasanya berbiji, yg bergugus-gugus dan boleh dipisah-pisahkan, mis buah durian, nangka, manggis, limau dan langsat: setiap pangsa durian itu biasanya mengandungi dua atau tiga ~ sahaja isinya; 2. penjodoh bilangan utk bahagian buah yg berbiji dll: lalu dipinta se~ nangka pd penghulu istana itu; beberapa ~ bawang; limau masak se~ prb kepandaian yg melebihi kepandaian saudara-saudaranya yg lain; berulas berbentuk atau menyerupai ulas: isi buahnya putih, ~, lembut dan manis; berulas-ulas timbul ketul-ketul yg menyerupai ulas (bkn otot badan dsb): daging pd bahagian lengannya kelihatan ~; badannya ~ kerana mengamalkan sukan angkat berat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kotak | 1 peti kecil (biasanya dibuat drpd kayu, kadbod) tempat menyimpan sesuatu: ~ mancis; ~ surat (pos) kotak tempat surat; peti surat di pejabat pos dll; ~ semaian kotak yg berbentuk empat segi (biasanya dibuat drpd kayu) tempat menyemai biji benih. 2 bahagian dlm rumah (sawah dll) yg berbentuk empat segi; petak. berkotak 1 berpetak; bersekat (bkn sawah dll). 2 bercorak spt kotak: Kain pelekat itu ~-kotak putih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
timah | logam berwarna putih dan tidak berapa keras (biasanya digunakan utk menyalut besi dll). ~ hitam bijih yg di dlmnya terdapat timah (belum dibersihkan lagi). ~ putih timah yg diperoleh setelah membersihkan bijih timah. ~ sari logam yg berwarna biru keputih-putihan (biasanya digunakan utk atap rumah dll); zink. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kala II | beberapa jenis binatang berkaki lapan, bersepit dan ekornya bersengat. ~ bangkang kala yg berwarna hijau kehitam-hitaman yg biasanya terdapat di tempat-tempat gelap, Heterometrus longimanus. ~ jengking kala yg berwarna kekuning-kuningan dan berbintik-bintik hitam yg biasanya terdapat di rumah-rumah, Isometrus maculatus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |