bilamana | apabila, apakala, ketika. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bilamasa | bilamana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manakala | 1. apabila, bilamana: ia tersenyum ~ melihat anaknya sudah terlena; 2. tetapi: dia duduk di samping mayat ayahnya, ~ adiknya tidak putus-putus menangis; 3. sedangkan: ramai orang yg cedera dan hilang ~ beratus-ratus kehilangan rumah tangga dlm gempa bumi itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
apakala | sl apabila, bilamana, ketika. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
apabila | semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala: ~ ada harta si mati hendak dibahagikan, tentu sahaja ada pertelingkahan; dia semakin bimbang ~ melihat keadaan ibunya yg semakin tenat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melayukan | menyebabkan jadi layu (melayurkan, menganggurkan, dll): bilamana bunga itu hendak menjadi putik maka datang sahaja panas matahari ~ bunga itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelazatan | 1. kesedapan, keseronokan: kebahagiaan dan ~ yg sejati hanya terdapat bilamana kita mengingati Allah; 2. terlalu suka atau gemar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penerangan | 1. alat dll yg digunakan utk menerangi (lampu dll); 2. perihal menerangi atau menerangkan, perbuatan memberi terang kpd (lampu dll); 3. perihal menerangkan (menjelaskan), penjelasan: ~nya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memperkatakan soal politik; 4. pekerjaan (jawatan dll) yg memberi penjelasan dll: Pak Wir dianggap tenaga ahli yg masih sangat diperlukan dlm bidang ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahayul | Ar 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan: meramal-ramal itu permainan kanak-kanak, ~ orang Melayu; 2. kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada): menurut ~ orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali; ketahayulan sesuatu yg dipercayai sbg tahayul: sains tabii merupakan satu daya yg membebaskan manusia drpd belenggu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lazat I | 1. sedap, enak: berbagai-bagai makanan yg ~ dihidangkan di majlis itu; 2. seronok; berlazat 1. berseronok, bersedap-sedap; 2. bersetubuh; suka ~ suka bersetubuh; melazatkan menjadikan sesuatu lazat, menyedapkan, mengenakkan: sedikit rencah dibubuh utk ~ masakan sayur goreng itu; kelazatan 1. kesedapan, keseronokan: kebahagiaan dan ~ yg sejati hanya terdapat bilamana kita mengingati Allah; 2. terlalu suka atau gemar; pelazat bahan yg melazatkan makanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |