Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binasa 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
punah I1. binasa atau rosak semuanya, habis semuanya musnah: tanaman mereka habis ~ dimakan babi; bandar yg cantik itu ~ dibom oleh kapal terbang Jepun; 2. mati semuanya (tidak ada lagi yg tinggal sisanya): larangan itu diadakan utk mengawal supaya binatang-binatang itu jangan sampai ~; 3. hilang semuanya, lenyap semuanya, musnah: mendengar itu ~lah harapannya; ~-ranah rosak binasa; memunahkan menghabiskan semuanya, melenyapkan semuanya, membinasakan semua­nya, memusnahkan, menghancurkan: mereka mencuri dan ~ harta benda orang; kepunahan perihal (keadaan) punah, kemus­nahan, kehancuran; pemunahan perbuatan memunahkan: ~ tanah di negeri-negeri yg beriklim sederhana.Kamus Dewan Edisi Keempat
binasa1. habis rosak atau hancur sama sekali, musnah: rumah-rumah kedai itu ~ dijilat api; 2. ki mengalami bencana atau keburukan (spt mendapat kesusahan besar, penyakit, dll), musnah: dadahlah yg menyebabkan kehidupannya ~; sebab mulut badan ~; arang habis besi ~, tukang hembus penat saja = tuba ~, ikan tak dapat prb perbuatan yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi; membinasakan 1. menjadikan binasa (rosak atau hancur sama sekali), memusnahkan: gajah-gajah liar telah ~ tanam-tanaman di pinggir hutan itu; 2. ki menjadikan binasa (diri), memusnahkan, menghancurkan: arak dan judi yg ~ dirinya; 3. ki membunuh, memusnahkan: ~ musuh; kebinasaan perihal (keadaan) binasa atau musnah, kemusnahan: ~ teruk boleh dilakukan oleh binatang pd tanam-tanaman; pembinasaan perbuatan membinasakan (memusnahkan), pemusnahan: ~ kota Melaka ialah satu kerugian besar kpd sejarah negara; pembinasa orang (benda) yg membinasakan: kapal ~; tenaga ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
membinasakan1. menjadikan binasa (rosak atau hancur sama sekali), memusnahkan: gajah-gajah liar telah ~ tanam-tanaman di pinggir hutan itu; 2. ki menjadikan binasa (diri), memusnahkan, menghancurkan: arak dan judi yg ~ dirinya; 3. ki membunuh, memusnahkan: ~ musuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
tumpas1 binasa sama sekali; punah. 2 kalah atau tewas dlm perlawanan sukan (bola sepak, badminton dsb). menumpaskan 1 membinasakan sama sekali; memusnahkan: Askar-­askar itu dpt ~ komunis di kawasan sempadan. 2 mengalahkan atau menewaskan pihak lawan dlm per­­lawanan sukan: Pasukan Selangor telah ~ pasukan Kedah 2-0. ketumpasan 1 kebinasaan atau kemusnahan. 2 kekalahan atau ketewasan (dlm perlawanan sukan spt bola sepak, badminton).Kamus Pelajar Edisi Kedua
fasidAr 1. rosak, binasa; 2. batil (tidak sah): walaupun kandungan itu hasil drpd nikah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tumpur1. habis atau rosak sama sekali, binasa, jahanam; 2. bp kehabisan wang, jatuh miskin, bankrap; menumpur, menumpurkan menjadikan binasa (rosak, jahanam) sama sekali, mem­binasakan, menghabiskan.Kamus Dewan Edisi Keempat
punah1 habis rosak atau binasa sama sekali: Segala tanaman mereka ~ dimakan belalang. 2 habis hilang atau lenyap; musnah. memunahkan menjadikan punah; membinasakan sama sekali. pemunahan perbuatan memunahkan; pemusnahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rosak1 sudah tidak baik atau tidak sempurna lagi; sudah binasa atau pecah-pecah (bkn rumah dll): Rumahnya masih baru tetapi sudah ~ dimakan anai-anai. 2 ki busuk atau buruk (bkn buah-buahan dll): Buah-buahan itu banyak yg ~ dimakan ulat. 3 ki tidak dpt berjalan lagi (bkn kereta, enjin dll): Keretanya ~ lagi pagi ini. ~ binasa rosak sama sekali. ~ moral buruk tingkah laku. ~ nama mendapat nama yg tidak baik. merosakkan menjadikan atau menyebabkan rosak: Angin ribut yg kencang itu telah ~ beberapa banyak bangunan dan tanaman. kerosakan keadaan atau hal rosak: Kalau ada ~ pd alat-alat elektrik itu, beritahulah juruelektrik utk membaikinya. perosak 1 alat yg merosakkan atau yg membinasakan. 2 orang, binatang dll yg merosakkan: binatang ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rosak1 sudah tidak baik atau tidak sempurna lagi; sudah binasa atau pecah-pecah (bkn rumah dll): Rumahnya masih baru tetapi sudah ~ dimakan anai-anai. 2 ki busuk atau buruk (bkn buah-buahan dll): Buah-buahan itu banyak yg ~ dimakan ulat. 3 ki tidak dpt berjalan lagi (bkn kereta, enjin dll): Keretanya ~ lagi pagi ini. ~ binasa rosak sama sekali. ~ moral buruk tingkah laku. ~ nama mendapat nama yg tidak baik. merosakkan menjadikan atau menyebabkan rosak: Angin ribut yg kencang itu telah ~ beberapa banyak bangunan dan tanaman. kerosakan keadaan atau hal rosak: Kalau ada ~ pd alat-alat elektrik itu, beritahulah juruelektrik utk membetulkannya. perosak 1 alat yg merosakkan atau yg membinasakan. 2 orang, binatang dll yg merosakkan: binatang ~.Kamus Pelajar
pulut II1. = beras ~ = sipulut Mn sj bijian spt beras tetapi lebih berkanji, beras ketan; 2. sj penganan yg dibuat drpd beras ketan; jenis­-jenisnya: ~ dakap, ~ kacau, ~ kuning (kunyit), ~ kinta, ~ panggang, ~ udang, ~ urap, dll; dilihat ~, ditanak berderai prb Mn apa yg kelihatan pd lahirnya berlainan dgn keadaan sebenarnya (kelihatan sbg orang kaya tetapi sebenarnya miskin dll); sebab ~ santan binasa sebab mulut badan binasa prb perkataan yg tajam itu kerap kali mendatangkan kecela­kaan kpd diri sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas