bini-bini | Br perempuan, wanita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laki I | (kurang halus) suami, pasangan hidup bini; ~ bini (isteri) suami isteri; ~ pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan prb lebih mementingkan urusan orang lain drpd urusan sendiri; bagai menanti ~ pulang maling prb selalu dlm kegelisahan; berlaki mempunyai laki, sudah berkahwin (perempuan): orang ~ bercerai ungkai, orang bercerai pulang balik; bagai ~ anak semang prb perempuan yg tidak senonoh kelakuannya; berlakikan berkahwin dgn (bkn perempuan), bersuamikan: senanglah hidup awak ~ orang kaya; malang nasibnya ~ seorang penjudi; ternanti-nanti bagai ~ raja prb berhajat kpd orang yg tidak berkehendak kepadanya; memperlaki mengambil jadi laki: perkelahian berlaku apabila Cik Tom menuduh Asmah hendak ~ si Mat; barang siapa yg berkenan kpd beta, itulah beta perlaki; memperlakikan mengahwinkan (anak perempuan), memberi laki (kpd anak perempuan): dia belum hendak ~ anaknya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bini | (kurang halus) isteri: ~nya yg pertama telah meninggal; ~ aji sl gundik raja; ~ gahara sl isteri yg sah; ~ gelap = ~ simpan gundik (perempuan yg tidak dikahwini); ~ muda isteri kedua (ketiga, keempat); hilang ~ boleh dicari, hilang budi badan celaka prb akal itu hendaklah dipelihara, kerana jikalau akal hilang dapat membawa kebinasaan; bini-bini Br perempuan, wanita; bini-binian 1. suka berkahwin (bkn orang laki-laki), kerap kali berkahwin; 2. bini yg tidak sah, gundik; orang ~, beranak tak boleh disuruh prb pekerjaan yg tidak tetap selalu mendatangkan rugi; berbini mempunyai bini, sudah berkahwin (bkn laki-laki): sedangkan orang yg tiada berpekerjaan lagi ~, inikan pula engkau yg berpendapatan besar; apa sakit ~ janda, anak tiri boleh disuruh = elok ~ orang tua, perut kenyang pengajar dapat prb orang yg berkahwin dgn janda (perempuan tua) selalu manja pd isterinya (cemuh kpd orang berbini tua); berbinikan berkahwin dgn (bagi laki-laki); membinikan bersetubuh dgn: maksud cicak jantan tercapai, ~ cicak yg dikejarnya itu; memperbini menjadikan bini, mengahwini: saja akan diperbininya juga puteri itu oleh Patih Gajah Mada; memperbinikan mengahwinkan: anak laki-lakinya itu hendak diperbinikannya dgn anak orang kaya; pebinian Br isteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membuang bini | menceraikan bini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bini | (kurang halus) perempuan yg dinikahi; perempuan yg menjadi pasangan hidup yg sah kpd seorang lelaki: ~nya baru saja meninggal. berbini (sudah) ada bininya; (sudah) bernikah (bagi orang lelaki saja): Dia masih belum mahu ~ lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bini piaraan | perempuan simpanan, gundik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bini muda | isteri kedua (ketiga, keempat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bini simpan | gundik (perempuan yg tidak dikahwini); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bini gelap | gundik (perempuan yg tidak dikahwini); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bini gahara | sl isteri yg sah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |