kuih kering | kuih yg dibakar (spt biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuih | penganan, juadah; ~ basah kuih yg lembap atau yg mengandungi air (spt kuih bingka, kuih talam, dll); ~ kering kuih yg dibakar (spt biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dll); ~-muih bermacam-macam jenis kuih; kuih-kuih kuih-muih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biskut | sj kuih kering yg biasanya leper dan tipis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
biskut | sj kuih kering yg dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biskut | sj kuih kering yg biasanya leper dan tipis. | Kamus Pelajar |
hancur | 1. pecah menjadi kecil-kecil (berserpihan, berkecai-kecai), remuk: rumahnya ~ kena bom sewaktu perang dahulu; tubuhnya ~ dan isi perutnya terburai akibat kemalangan itu; 2. pecah berderai-derai (bkn benda-benda rapuh spt biskut dll), relai: biskut di dlm tin itu ~ apabila tinnya jatuh terhempas ke lantai; 3. menjadi cair, melarut, encer: ketul ais mudah ~; istana itu terbakar dan timah atapnya ~ turun spt hujan; 4. pecah kecil-kecil atau halus-halus (kerana ditumbuk, dikisar, dikunyah, dsb): makanan yg ~ senang dihadam; 5. ki sedih sekali, putus asa: ~ rasa hatinya; ~ hati terlalu sedih; 6. ki rosak binasa, cerai-berai, tidak bersatu (kukuh dll): kerana dia, rumah tangga kita menjadi ~; negara akan ~ jika rakyatnya tidak bersatu padu; 7. hilang atau tidak ada sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), lenyap: kepercayaanku kepadanya sudah ~ dan tidak mungkin dapat dipulihkan kembali; menghancurkan 1. menjadikan hancur (pecah berserpihan, remuk), meremukkan: letupan bom itu telah ~ kubu pertahanan mereka; 2. menjadikan hancur (pecah berderai-derai, relai), merelaikan (biskut dsb); 3. menjadikan hancur (makanan): ~ makanan utk bayi; 4. menjadikan cair, melarutkan, mengencerkan: bijih yg digali itu dihancurkan supaya timahnya dapat dikumpulkan; gula itu dihancurkan di dlm air yg panas; 5. ki merosakkan, membinasakan: perang besar akan ~ dunia; ~ hati ki sangat menyedihkan hati, meremukkan hati; 6. menghilangkan sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), melenyapkan: perbuatannya menggelapkan wang itu telah ~ kepercayaan saya kepadanya; hancuran 1. pecahan kecil-kecil, remukan: sungai itu menghanyutkan ~ berbagai-bagai jenis batu-batan; 2. larutan, enceran; kehancuran perihal hancur (rosak binasa), kebinasaan, kemusnahan: ~ rumah tangga; ~ ekonomi negara; penghancuran perihal (perbuatan dsb) menghancurkan; penghancur 1. sesuatu yg digunakan utk menghancurkan sesuatu: gigi sbg alat ~ makanan; mesin ~ batu; 2. orang yg menghancurkan (merosakbinasakan, memusnahkan): dialah ~ kebahagiaan rumah tangga kami; merekalah petualang negara, ~ keamanan negara ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangup | mudah pecah; rapuh: biskut yg ~. merangupkan menjadikan rangup: Bahan itu dicampurkan utk ~ kuih. kerangupan keadaan atau sifat rangup: Biskut itu digemari kerana ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wafer | sj biskut yg nipis, agak manis dan rapuh, biasanya dimakan dgn aiskrim. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
roti kering | biskut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wafer | sj biskut yg nipis, agak manis dan rapuh, biasanya dimakan dgn aiskrim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |