boleh | /boléh/ 1 tidak mustahil utk melakukan sesuatu; dapat: Dia ~ melihat dan mendengar dgn baik. 2 tidak dilarang utk melakukan sesuatu; diberi izin: Selepas bersembahyang maghrib, kamu ~lah menonton televisyen. membolehkan menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. kebolehan sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
harus | 1 boleh dilakukan dan boleh juga ditinggalkan (kedua-duanya tidak berdosa); jaiz. 2 boleh jadi; mungkin: Dia ~ tidak datang, kerana hari hujan. 3 berkemungkinan besar; patut: Kita ~ menjaga nama baik keluarga kita. mengharuskan 1 menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan: Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2 menjadikan patut atau elok: Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih. keharusan 1 keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2 keadaan mungkin; kemungkinan: ~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3 sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. seharusnya sepatutnya; selayaknya: Dia tidak ~ bertindak terburu-buru begitu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mana | kata yg digunakan utk menanyakan sesuatu (tempat dsb): Awak hendak ke ~?. Yg ~kah adikmu? ~ boleh takkan boleh; mustahil. ~ lagi (pula) tambahan pula; lebih-lebih lagi. ~ tahu boleh jadi; mungkin mana-mana 1 barang apa pun: Ambillah ~ yg kausukai. 2 sesiapa pun; barang siapa: ~ yg letih, bolehlah berehat. manakan tidak mungkin; mana boleh: ~ sama masakan isteri dgn masakan orang gaji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
(boleh) dibawa ke tengah | a) boleh diadukan; b) boleh didengar (dilihat dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ke tengah | (menuju, menghala dsb) ke bahagian tengah. boleh di bawa ~ a. boleh diadu atau dipertandingkan. b. boleh diperkarakan atau dikemukakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mana boleh | takkan boleh; mustahil | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mubah | boleh dikerjakan dan boleh ditinggalkan (spt makan, berjalan); harus; jais. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
harga ini boleh ditolak sedikit | boleh dikurangi sedikit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalis api | tidak boleh terbakar atau tidak boleh dijilat api (bkn pakaian, pintu dll); | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
boleh di bawa ke tengah | a. boleh diadu atau dipertandingkan. b. boleh diperkarakan atau dikemukakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |