bolot | ; membolot mengambil atau memperoleh kesemuanya sbg hak sendiri dan tidak ada utk orang lain; memonopoli: Janganlah dia dibiarkan ~ percakapan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bolot | ; membolot 1. membalut, membungkus (dgn tergesa-gesa): badan dan kepala mereka dibolotnya dgn daun ribu-ribu; 2. memenangi, menggondol, memperoleh: dia telah berjaya ~ hampir-hampir semua hadiah; mereka itu ~ getah orang kampung dgn bayaran yg amat rendah;pembolotan perihal atau perbuatan membolot (membalut, menggondol, memperoleh, dll): ketua-ketua Ghee Hin tidak berasa senang melihat ~ pajak oleh ketua-ketua orang Khek;pembolot orang (kumpulan, pasukan, dsb) yg membolot. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bolot | membolot mengambil atau memperoleh kesemuanya sbg hak sendiri dan tidak ada utk orang lain; memonopoli: Janganlah dia dibiarkan ~ percakapan. | Kamus Pelajar |
mencangkul | 1. memecahkan (menggemburkan dll) tanah dgn cangkul, memacul; 2. ki membolot (mengambil) sesuatu (wang, harta, dll): agen-agen gelaplah yg ~ wang; ~ angin mengomong-omong kosong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merangkum | 1. membawa (mengangkat) dlm pelukan tangan: longgokan kain kotor itu dirangkumnya lalu dibawa ke pembasuhan; 2. memeluk: kedua-dua belah tangannya ~ gadis itu; 3. ki mengambil (memiliki, menguasai) hak orang dll, membolot: Sofia ~ wang itu kesemuanya; 4. = merangkumi melingkupi, melingkungi, mencakupi, mencangkum: sistem insurans kebangsaan amnya ~ semua orang antara umur bersekolah dan umur bersara; siaran berita harus ~ peristiwa-peristiwa penting di dunia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cangkul | alat utk memecahkan (menggemburkan dll) tanah, pacul: ~ burung Ph linggis (alabangka); menjual tangkai ~ sekah prb menceritakan (membualkan) hal yg tidak ada kebenarannya; mencangkul 1. memecahkan (menggemburkan dll) tanah dgn cangkul, memacul; 2. ki membolot (mengambil) sesuatu (wang, harta, dll): agen-agen gelaplah yg ~ wang; ~ angin mengomong-omong kosong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangkum I | ; serangkum sebanyak yg terbawa (terangkat) dlm pelukan: ~ kain kotor; merangkum 1. membawa (mengangkat) dlm pelukan tangan: longgokan kain kotor itu dirangkumnya lalu dibawa ke pembasuhan; 2. memeluk: kedua-dua belah tangannya ~ gadis itu; 3. ki mengambil (memiliki, menguasai) hak orang dll, membolot: Sofia ~ wang itu kesemuanya; 4. = merangkumi melingkupi, melingkungi, mencakupi, mencangkum: sistem insurans kebangsaan amnya ~ semua orang antara umur bersekolah dan umur bersara; siaran berita harus ~ peristiwa-peristiwa penting di dunia; merangkumkan 1. merangkum sesuatu utk (dengan); 2. memasukkan ke dlm (lingkungan) bersama-sama, mengumpulkan menjadi satu: sembahyang lima waktu boleh dirangkumkan atau dipendekkan ketika dlm pelayaran; 3. meringkaskan, mengikhtisarkan; terangkum termasuk dlm lingkungan sesuatu, tercakup: ~ dlm konsep mendengar ialah beberapa aspek lain lagi, antaranya menangkap sesuatu yg didengar; rangkuman 1. ki pelukan, lingkungan: menyatukan manusia dlm suatu ~ kehidupan cinta kasih dan saling mengerti; 2. ringkasan, ikhtisar (dr huraian dll); perangkuman perbuatan merangkumkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |