borak I | buraq. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
borak I | makhluk yg dikenderai oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika Israk. | Kamus Pelajar |
borak | perbualan mesra, tidak formal, biasanya tentang hal-hal yg tidak serius atau tidak penting: dia meneruskan ~nya lagi; berborak, berborak-borak, memborak berbual(-bual) kosong, bergebang: ramai juga orang sedang ~ di situ; memborakkan bercakap besar (membongak) tentang sesuatu: dia selalu ~ kekayaannya;pemborak (orang yg) suka berborak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
borak II | perbualan atau percakapan yg biasanya tidak benar dan berlarut-larut; omong kosong: Menurut ~nya, tidak ada orang yg lebih pandai drpdnya. berborak (-borak) bercakap-cakap kosong; berbual-bual sbg perintang waktu: Ketika hari hujan, banyak orang yg ~ di kedai Pak Man sambil minum kopi. memborakkan berborak ttg sesuatu: ~ kehebatannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
borak II | perbualan atau percakapan yg biasanya tidak benar dan berlarut-larut; omong kosong: Menurut ~nya, tidak ada orang yg lebih pandai drpdnya. berborak-borak bercakap-cakap kosong; berbual-bual sbg perintang waktu:Ketika hari hujan; banyak orang yg ~ di kedai Pak Man sambil minum kopi. | Kamus Pelajar |
obrol | Id; mengobrol bercakap-cakap mengenai hal yg tidak berfaedah, berbual (bersembang) kosong, berborak-borak, beromong kosong: ia ~ menggantang bersama kawannya; mengobrolkan menceritakan yg bukan-bukan, membualkan hal yg tidak berfaedah; obrolan omong kosong, borak, kecek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecek I | (kécék) 1. Mn, Kl cakap, celoteh, borak: seorang yg cetek ilmu pengetahuannya lebih omong atau ~nya; ~ anak-anak celoteh anak-anak (budak-budak); banyak ~ banyak cakap, banyak mulut, (cerewet); beralih ~ beralih percakapan (kpd hal yg lain); habis ~ habis cakap (sudah selesai); 2. Kl, Tr tipu, kecoh; ~ anak Melaka prb gayanya spt orang yg berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi); ~ bagai bunyi merendang kacang prb percakapan yg tidak keruan; ~ bagai ketiak ular prb percakapan yg tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan); ~ berlauk-lauk, makan dgn sambal lada prb, Mn selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin dll); berkecek-kecek bercakap-cakap, berceloteh, berbual-bual, berborak; mengecek 1. bercakap-cakap, berbual-bual, berborak-borak; 2. memujuk utk meminta (menyuruh berbuat) sesuatu: ibu bapanya hari-hari mendongeng, ~ dan memujuk dia supaya berkahwin; 3. menipu atau memperdaya (dgn kata-kata); sudah dikecek dikecong pula prb dua kali tertipu (terpedaya); mengecekkan 1. mempercakapkan, memperkatakan (hal orang lain); 2. memegahkan (kepandaiannya, kekayaannya dll); pengecek 1. orang yg suka mempercakapkan hal orang lain; 2. (orang yg) pandai memujuk atau meminta-minta sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berborak (-borak) | bercakap-cakap kosong; berbual-bual sbg perintang waktu: Ketika hari hujan, banyak orang yg ~ di kedai Pak Man sambil minum kopi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berborak-borak | berbual(-bual) kosong, bergebang: ramai juga orang sedang ~ di situ; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berborak-borak | bercakap-cakap kosong; berbual-bual sbg perintang waktu: Ketika hari hujan; banyak orang yg ~ di kedai Pak Man sambil minum kopi. | Kamus Pelajar |