borjuis | golongan masyarakat yg berbangsa lagi berharta; orang-orang bangsawan atau hartawan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
borjuis | 1. orang drpd kelas pertengahan; 2. (mengikut teori Marxisme) orang yg tergolong dlm kelas pertengahan yg memiliki kebanyakan harta dlm sistem kapitalis; 3. orang yg perangai dan pandangannya dipengaruhi oleh nilai atau kepentingan golongan kelas pertengahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
borjuis | golongan masyarakat yg berbangsa lagi berharta; orang-orang bangsawan atau hartawan. | Kamus Pelajar |
kaum borjuis | golongan orang pertengahan (tidak tinggi atau rendah taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaum ningrat | golongan orang mulia-mulia (besar-besar), kaum bangsawan, kaum borjuis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ningrat | = kaum ~ golongan orang mulia-mulia (besar-besar), kaum bangsawan, kaum borjuis; keningratan perihal (sifat) ningrat: janggut mereka sbg tanda ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghalalan | perbuatan dsb menghalalkan, perihal menjadikan halal atau sah: Marx mengambil ideologi borjuis sbg satu gambaran sistem, idea, despotisme moden mencari ketaakulan dan ~ menjalankan kuasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaum | 1. puak, suku bangsa: banyak ~ orang asli yg masih tinggal di dlm hutan; 2. jenis bangsa: antara ~ yg hidup berpindah-pindah pd zaman sekarang ialah ~ Eskimo; 3. keluarga, sanak-saudara: seorang gadis dilarang keluar belayar seorang diri kecuali bersama-sama dgn bapanya ataupun seorang drpd ~ kerabatnya yg haram nikah dengannya; 4. golongan (orang yg sekerja, sefahaman, setingkat, dll): ~ buruh; ~ petani; ~ nelayan; 5. bahagian drpd jenis (tumbuhtumbuhan dan haiwan); ~ asli penduduk asli di sesebuah negara; ~ atasan golongan orang yg tinggi taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat (spt orang-orang yg berpangkat tinggi, golongan bangsawan, dsb); ~ borjuis golongan orang pertengahan (tidak tinggi atau rendah taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat); ~ buruh golongan pekerja (buruh); ~ guru orang-orang yg berjawatan guru; ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan; ~ keluarga = ~ kerabat sanak saudara, saudara-mara; ~ kolot orang-orang yg termasuk dlm golongan yg berfikiran kolot; ~ lelaki golongan orang lelaki; ~ marhaen rakyat jelata yg kebanyakan (spt petani kecil, buruh, dll); ~ modal orang-orang yg kaya (ber-modal), golongan kapitalis; ~ muda angkatan muda; ~ munafik orang-orang yg munafik; ~ Muslimin orang-orang Islam; ~ Musyrikin orang-orang kafir; ~ pemberontak orang-orang yg memberontak; ~ perewa Mn orang yg buruk kelakuannya (spt samseng); ~ proletar golongan pekerja bawahan; ~ rendahan golongan orang yg rendah pangkatnya atau kedudukannya, dsb; ~ syarikat orang-orang yg menjadi sahabat (sekutu); ~ tani orang-orang yg bertani, golongan petani; ~ terpelajar (cerdik, cendekia) golongan orang yg pandai-pandai; ~ tua generasi tua; berkaum 1. berkerabat (dgn), mempunyai pertalian kekeluargaan (dgn): dia itu ~ dgn saya; 2. berkaum-kaum; 3. ark (ber)sembahyang mengikut imam (berimam), sembahyang berjemaah; berkaum-kaum berpecah-pecah mengikut kaum, berpuak-puak: akan tetapi hidup mereka masih ~; perkauman 1. (yg berkaitan dgn) kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak-saudara; 2. (yg berkaitan dgn) golongan, puak; 3. (yg berkaitan dgn sesuatu) suku bangsa, kesukuan (bangsa dll): perasaan ~ yg keterlaluan di negara yg berbilang bangsa sangatlah berbahaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halal | 1. hukum membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan (dlm Islam), diperbolehkan (tidak ditegah oleh syarak), diizinkan, dibenarkan, lwn haram: makanlah makanan yg ~ dan minumlah minuman yg ~; daging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam; ~ nikah dibenarkan menikahi seseorang; 2. ki (yg diperdapat, diperoleh atau diperbuat) dgn jalan yg sah: anak ~; wang ~; 3. ark ampun, maaf, (me)relakan: yg hutang tuan hamba sekati emas itu ~lah dunia akhirat; 4. ark izin: menyembah minta ~lah segala pengajarannya; menghalalkan 1. membenarkan (membolehkan, memperkenankan, mengizinkan), memandang atau menganggap halal: adalah salah besar ~ sesuatu yg haram; ada kemungkinan besar bahawa kegiatan tersebut yg selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan; 2. menganggap selesai atau jelas (hutang dll): baki hutangnya itu sudah dihalalkan; kehalalan perihal (sifat, taraf, dsb) halal: kalau hati masih waswas tentang ~nya, apa yg kita makan itu akan menjadi haram; penghalalan perbuatan dsb menghalalkan, perihal menjadikan halal atau sah: Marx mengambil ideologi borjuis sbg satu gambaran sistem, idea, despotisme moden mencari ketaakulan dan ~ menjalankan kuasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |