lembu | beberapa jenis binatang ternakan utk memperoleh susu atau dagingnya, Bos longifrons; Bos brachyceros; Bos indicus. ~ daging lembu yg dipelihara khusus utk memperoleh dagingnya. ~ susu (perahan) lembu yg dipelihara utk memperoleh susunya. memperlembu ki memperlakukan seseorang spt lembu; membodoh-bodohkan: Mereka sengaja mengambil kesempatan utk ~ kita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lembu I | sj binatang ternakan utk mendapatkan susu dan dagingnya, Bos longifrons, Bos brachyceros, dll; ~ daging lembu yg dipelihara utk (mendapatkan) dagingnya; ~ dogol a) lembu yg tidak bertanduk; b) ki orang yg suka mengugut tetapi tidak melakukan apa-apa; ~ kasi a) lembu yg dikasi; b) orang yg berani dgn musuh kalau berjauhan; ~ kenyang Kl orang yg degil atau malas, orang yg berbuat tidak peduli; ~ kontan (Eko) perniagaan yg mendapat keuntungan besar secara berterusan atau selalu mengalami lebihan tunai; ~ pawah lembu yg hasil pemeliharaannya dibahagi dua antara tuan punya dgn orang yg mengusahakannya; ~ tenusu = ~ perahan lembu yg diternak terutamanya utk mendapatkan susunya; ~ dogol jangan dibalun prb orang yg tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan dia bersungguh-sungguh; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg membuat kebajikan orang lain yg mendapat kepujian; ~ tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata orang menanduk juga prb orang yg sudah terkenal jahatnya; laksana ~ dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol prb a) orang yg hanya suka menggertak tetapi tidak berbahaya; b) melawan dgn seberapa kuasanya dlm perkelahian; laksana ~ kasi prb badan sahaja yg besar tetapi hati penakut; menghela ~ dgn talinya, menghela manusia dgn akalnya prb manusia harus diperlakukan dgn lemah lembut; memperlembu ki memperlakukan spt lembu (terhadap seseorang), memandang spt lembu: kerana takut akan ugutan inilah orang-orang desa yg bodoh itu makin diperlembu oleh Tuan Kasim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bos II | bp orang yg berkuasa, mengawal, mengarahkan atau memberi perintah kpd orang bawahan (pekerja dsb), ketua, majikan: ia bersuara macam seorang ~;berboskan mempunyai seseorang sbg bos: beruntunglah dia dapat ~ orang yg baik hati dan bertimbang rasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bos I | IB (se)bungkus yg berisi beberapa batang (rokok dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berboskan | mempunyai seseorang sbg bos: beruntunglah dia dapat ~ orang yg baik hati dan bertimbang rasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seladang I | sj lembu hutan, Bos gaurus; kerbau tak berkandang ~ prb dua bangsa yg tidak dapat bercampur kerana berlainan adat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembadau | sj seladang (terdapat di Borneo), Bos javanicus lowi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banting II | sj lembu hutan, seladang, Bos banteng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sapi | binatang spt lembu tetapi berwarna hitam, Bos indicus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jambak III | Mn sj jambu merah, Eugenia jambos. | Kamus Dewan Edisi Keempat |