Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : susu, tetek; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tetek wanita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah dada

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke kolam,
     Tolong ambil buah pedada;
Sedaplah sungguh tidur bertilam,
     Rambut seurat menggalang dada.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
susu I1. buah dada, tetek, kopek; hujung ~ = mata ~ = pentil ~ = puting ~ bahagian hujung susu; ruang ~ ruang di antara dua buah dada; 2. = air ~ air berwarna putih yg keluar dr buah dada; binatang ~ binatang yg dipelihara utk mendapat susu; kepala ~ lemak yg kental pd air susu; kilang ~ a) kilang tempat mem­proses susu; b) bahagian badan yg meng­hasilkan susu; lapar ~ mahu susu (anak kecil); 3. cairan yg menyerupai air susu yg diperoleh dr tumbuhan (pokok getah, tuba, dll): selepas pokok getah berumur 30 tahun ~nya akan berkurang; ~ badan susu ibu; ~ (ber)formula susu tepung yg disediakan mengikut formula khusus utk golongan tertentu spt bayi, ibu mengandung dsb; ~ bundar buah dada (perempuan) yg bulat dan cekang; ~ berlemak susu asli yg tidak diproses (masih mengandungi lemak aslinya); ~ bubuk susu tepung; ~ cair sj susu yg agak kental yg dibuat dgn jalan pengewapan dgn tekanan dan suhu tinggi; ~ ibu susu dr buah dada; ~ kaleng = ~ kalengan Id susu yg telah diproses dan diisikan dlm tin; ~ kopek = ~ lanjut buah dada yg labuh; ~ macan bp sj minuman drpd air susu yg dicampur dgn minuman keras; ~ pekat susu yg dipekatkan dan dibubuh gula; ~ tanpa lemak susu yg lemaknya telah dikeluarkan; ~ tepung sj susu yg diproses menjadi tepung; ~ tin susu dlm tin; ~ di dada tak dapat dielakkan prb nasib seseorang itu tidak boleh ditolak (baik atau jahat); air ~ dibalas dgn air tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; spt ~ dgn sakar prb a) dua hal yg bersetujuan benar; b) aturan yg masih tetap berlaku dan dipakai; menyusu menghisap susu: budak itu sudah tidak mahu ~; gajah ~ (binaan) atap atau sengkuap yg bersambung dgn rumah; menyusui memberi minum susu kpd: bina­tang mamalia ~ anaknya yg masih kecil; menyusukan 1. menyusui: mereka menye­rahkan kanak-kanak yg baru lahir kpd perempuan lain utk disusukan; 2. mem­biarkan menghisap susu (menyusu); susuan 1. yg diberi susu, yg disusui; anak ~ a) anak yg masih menyusu; b) anak orang yg disusui; saudara ~ saudara kerana menyusu dr perempuan yg sama; 2. puting susu yg dibuat drpd getah (sbg ganti susu ibu): yg seorang masih lekat ~ dimulutnya; penyusuan perihal (perbuatan) menyusui: pemendekan tempoh ~ bayi boleh mem­bahayakan kesihatannya; penyusu orang yg menyusui, pengasuh, inang: Muhammad besar di bawah peli­haraan ~nya itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
susu1 buah dada; tetek. 2 = air ~ air berwarna putih yg keluar dr buah dada. 3 air berwarna putih yg keluar dr tetek haiwan (spt lembu, kambing) yg dijadikan makanan. 4 benda cair spt air susu yg diperoleh dr beberapa jenis pokok (spt getah, tuba). ~ badan susu ibu. ~ cair susu yg tidak dicampur gula dan diperoleh dgn cara penyejatan. ~ formula susu tepung yg disediakan mengikut formula khusus utk golong­an tertentu, spt bayi, ibu mengandung, orang tua. ~ ibu susu dr buah dada yg dihisap bayi sbg makanannya. ~ julung susu yg keluar buat kali pertama dr lembu dsb yg baru melahirkan anak. ~ kering (tepung) susu yg diproses dlm bentuk serbuk. ~ pekat susu yg telah disejat dan dicampur dgn gula. ~ siring susu yg telah diambil kepalanya. ~ tin susu yg dijual dlm tin. bersusu mempunyai susu. menyusu meng­-hisap air susu dr buah dada dsb: Adli baru berumur satu tahun setengah tetapi sudah berhenti ~. menyusui memberikan susu (tetek) supaya dihisap; memberi minum air susu: Rosminah sedang ~ anaknya. penyusuan hal (perbuatan dsb) menyusu atau menyusui.Kamus Pelajar Edisi Kedua
buah dadatetek wanita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
buah dadasusu, tetek;Kamus Dewan Edisi Keempat
payudarabuah dada: barah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
payudarabuah dada: barah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
susu lanjutbuah dada yg labuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
susu kopekbuah dada yg labuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
susu bundarbuah dada (perempuan) yg bulat dan cekang;Kamus Dewan Edisi Keempat
tetek/téték/ 1 buah dada; susu. 2 kelenjar susu haiwan (spt lembu, kambing) yg menyerupai kantung dan mempunyai dua puting atau lebih. menetek menghisap air susu dr tetek; menyusu: Bayi itu menangis kerana hendak ~. meneteki memberikan tetek supaya dihisap; menyusui: Ibu itu sedang ~ bayinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456

Kembali ke atas