Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buaya tembaga


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sarang buayaa) tempat kediaman (banyak) buaya; b) blok kayu atau tembaga utk mengecap kain batik;Kamus Dewan Edisi Keempat
buaya I1. sj reptilia besar berkulit tebal, berbadan panjang dan hidup di air: Crocodilus spp.; jenis-jenisnya: ~ katak = ~ tembaga, Crocodilus porosus; ~ jolong-jolong = ~ jenjulung, Tomistoma schlegeli; ~ serunai, Crocodilus siamensis; 2. = ~ darat ki lelaki yg suka menukar-nukar pasangan wanitanya dan meninggalkan mereka setelah dinodai; adakah ~ menolak bangkai prb orang yg jahat tidak akan meninggalkan kesempatan utk membuat kejahatan; air tenang, jangan disangka tiada ~ prb orang yg tidak banyak cakap itu, jangan dipermudah (jangan disangka tiada berani dll); bergalah ke hilir tertawa ~, bersuluh di bulan terang tertawa harimau prb perbuatan yg sia-sia itu ditertawakan orang; kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ~, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil-kecil prb kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang besar, jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; tak akan terlawan ~ menyelam air prb tidak mungkin kita melawan orang yg kaya (berkuasa, pandai, dll); tak usah diajar anak ~ berenang, ia sudah pandai juga (sedia) prb tidak usah diajar orang yg sudah tahu; membuaya 1. menyerupai buaya, merangkak, meluncur; 2. berkelakuan spt buaya darat; membuayai 1. menipu, mengakali; 2. menggertak;kebuayaan sifat atau perbuatan buaya darat, sifat suka mempermainkan perempuan: ia hendak mendedahkan ~ pemuda-pemuda kota di dlm novelnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sarang I1. tempat diam burung dll (tempat berteduh, bertelur, memelihara anak, dll): ~ tempua; ~ lebah; ~ tikus; 2. ki tempat per-sembunyian (lanun, perompak, samseng, dll): di sini juga banyak ~ pengganas; ~ buaya a) tempat kediaman (banyak) buaya; b) blok kayu atau tembaga utk mengecap kain batik; ~ gagak tempat melihat (pd tiang seri kapal layar); ~ nanah tempat nanah dlm bisul; ~ pipit a) sarang burung pipit; b) lesung pipit; umpama orang memelihara dirinya dlm ~ lebah prb mempertahankan diri di tengah-tengah musuh; bersarang 1. membuat sarang (burung, serangga, binatang kecil, dll), mempunyai sarang: burung tiung ~ di hujung terap; 2. bertempat utk bersembunyi (perompak, penyamun, dll): perompak-perompak itu ~ di dlm sebuah gua; 3. ki mengambil tempat di, menetap di: penyakit malaria sudah ~ dlm tubuhnya; dia tidak berani membiarkan perasaan yg buruk-buruk itu ~ dlm kepalanya; 4. ki duduk dgn senang di: ia ~ dgn leganya di atas sebuah kerusi; 5. kena (pukulan dll), masuk (tikaman, peluru, dll), tembus, lut: kerisnya ~ dlm dada musuh yg menyerangnya; 6. Id masuk gol (dlm permainan bola sepak); 7. = bersarang-sarang berlubang-lubang, banyak lubangnya: saya tengok ~ tengkoraknya bekas peluru; betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak ~ prb anak bujang yg bebas berjalan ke mana-mana; bersarang-sarang 1. banyak sarangnya; 2. berlubang-lubang (ditembusi peluru dll), ber-kerawang.Kamus Dewan Edisi Keempat
merantisj tumbuhan (pokok), Shorea albida; ~ baka = ~ paya = ~ tenggelam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, seraya buaya hantu (Sabah), Shorea uliginosa; ~ kepung sj tumbuhan (pokok), Shorea ovalis; ~ kuning sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, damar hitam, seraya ku­ning (Sabah), a) Shorea faguetiana; b) Shorea resinanigra; ~ langgung sj tumbuhan (pokok), Shorea lepidota; ~ merah sj tum­buhan (pokok), Shorea spp.; ~ merah tua sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocar­paceae, nemesu, seraya, obah suluk (Sabah), Shorea spp.; ~ paang sj tumbuhan (pokok), Shorea bracteolata; ~ putih sj tumbuhan (pokok), Shorea hypochra; ~ sabut sj tumbuhan (pokok), keruing sudi, Vatica perakensis; ~ sarang punai sj tumbuhan (pokok), Shorea parvifolia; ~ temak sj tumbuhan (pokok), Shorea hypochra; ~ tembaga sj tumbuhan (pokok), Shorea leprosula.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas