Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.da/.bu.da/] | بودق-بودق

Definisi : kanak-kanak: macam ~ merajuk kena pujuk; bukan ~ makan pisang prb bukan orang yg dapat dipermain-mainkan (diperdayakan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budak-budak

Puisi
 

Budak-budak beli terung,
     Kalau terung dimasak minyak;
Lagi ditimbang baik diborong,
     Kalau ditimbang untung tak banyak.


Lihat selanjutnya...(123)
Peribahasa

Budak-budak makan pisang.

Bermaksud :

Masih mentah dalam segala hal.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
budak1 = budak-budak manusia yg belum dewasa (biasanya berumur bawah 17 tahun); kanak-kanak: Tukul takal di balik rakit, ~ nakal kuat bersakit. 2 orang yg bekerja di rumah orang lain; orang suruhan; jongos: Aku bukan ~ kamu, jangan disuruh aku ke sana ke mari. ~ belian hamba yg dibeli drpd orang lain. ~ dalam hamba dlm istana. ~ pejabat orang yg menjadi suruhan di pejabat-pejabat. ~ raja hamba raja. ~ suruhan orang yg disuruh-suruh. kebudak-budakan spt budak-budak kelakuannya; keanak-anakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
budak1 = budak-budak manusia yg belum dewasa (biasanya berumur di bawah 17 tahun); kanak-kanak: Tukul takal di balik rakit, ~ nakal kuat bersakit. 2. orang yg bekerja di rumah orang lain; orang suruhan; jongos: Aku bukan ~ kamu, jangan disuruh aku ke sana ke mari. ~ belian hamba yg dibeli drpd orang lain. ~ dalam hamba dlm istana. ~ pejabat orang yg menjadi suruhan di pejabat-pejabat. ~ raja hamba raja. ~ suruhan orang yg disuruh-suruh. kebudak-budakan spt budak-budak kelakuannya; keanak-anakan.Kamus Pelajar
lonjakperbuatan melompat ke atas (dgn kedua-dua belah kaki); ~ bagai labu dibenam prb angkuh, sombong; spt ~ alu penumbuk emping (padi) prb perihal berjalan dgn kacak (sombong); berlonjak-lonjak melompat-lompat ke­riangan: budak-budak itu ~ di kerusi bela­kang; berlonjakan berlonjak-lonjak: budak-budak itu ~ menyambut kepulangan ibu mereka; melonjak 1. melompat ke atas (dgn kedua­dua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa ke­kasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-­tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; melonjak-lonjak 1. melonjak beberapa kali (kerana kesukaan dll): budak-budak itu ~ apabila mendapat hadiah masing-masing; 2. ki meluap, menjadi-jadi (kegembiraan, keinginan, dll): keinginannya hendak pergi ke sana sudah ~ sekarang; melonjakkan menjadikan (menyebabkan) melonjak; terlonjak 1. melonjak dgn tiba-tiba (kerana kesukaan dll): melihat kemewahan kawannya itu, ~ suatu perasaan baru di dadanya; ~ rasa semangat terlampau (terlalu) gembira; hati ~ terlalu suka (girang) hati; 2. menjadi sombong (oleh kedudukannya, pangkatnya,dll); terlonjak-lonjak melonjak-lonjak, terkinja­kinja, terloncat-loncat; lonjakan 1. perbuatan melonjak; 2. ki (bkn perasaan) dorongan atau desakan yg kuat utk mencapai (mendapatkan sesuatu): ~ rasa utk mencapai gading di menara menjadikan dia berusaha sehingga berjaya ke universiti; pelonjakan perihal (proses atau perbuatan) melonjak atau melonjakkan: mungkinkah itu merupakan suatu proses ~ dlm pucuk pimpinan politik?; pengukuhan ringgit akan diberi ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
budak-budakkanak-kanak: macam ~ merajuk kena pujuk; bukan ~ makan pisang prb bukan orang yg dapat dipermain-mainkan (diperdayakan);Kamus Dewan Edisi Keempat
kundang I, = budak ~ budak suruhan atau pengiring raja (orang bangsawan dll); biduandaKamus Pelajar Edisi Kedua
kebudakanspt budak-budak (kelakuan dll), keanak-anakan: maka raja pun tertawa melihat Patih menari itu kebudak-budakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
kebudak-budakanspt budak-budak kelakuannya; keanak-anakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berlonjakanberlonjak-lonjak: budak-budak itu ~ menyambut kepulangan ibu mereka;Kamus Dewan Edisi Keempat
kebudak-budakanspt budak-budak (kelakuan dll), keanak-anakan: maka raja pun tertawa melihat Patih menari itu kebudak-budakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
berbudak-budakanspt budak-budak (kelakuan dll), keanak-anakan: maka raja pun tertawa melihat Patih menari itu kebudak-budakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas