Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budi baik

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi baik saya kenangkan.


Lihat selanjutnya...(230)
Peribahasa

Ulat lupakan daun.

Bermaksud :

Lupa akan budi baik orang.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengandung1 membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2 berisi; bermuat: Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3 hamil.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengandung1. membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2. berisi; bermuat:Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3. hamil.Kamus Pelajar
guna I1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~; ~ sama dapat digunakan secara bersama-sama oleh dua pihak atau lebih (bkn perkhidmatan, bangunan dsb): satu sistem jawatan ~ sama di Mahkamah Syariah akan diwujudkan bagi membolehkan pegawai mahkamah berkenaan berkhidmat di mana-mana negeri mengikut keperluan; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia dlm kegiatan dan perkembangan ekonomi; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; seguna; ~ sekaya harta benda yg diperoleh suami isteri bersama-sama (dibahagi-bahagi apabila bercerai); berguna berfaedah, bermanfaat, mendatangkan faedah atau manfaat: tangisnya tidak ~ kerana semakin ia menangis semakin suka pula budak-budak itu mengusiknya; hidup pun tidak ~; kebergunaan perihal (keadaan dsb) berguna: ~ traktor dlm kerja membajak sawah itu memang tidak dapat dinafikan; menggunakan 1. = mempergunakan mengambil faedah: dipergunakan hari mudanya utk mencari ilmu; 2. memakai, mengerjakan (melakukan) sesuatu dgn: dia ~ kesempatan yg baik ini utk menentang ajaran Hamzah; kereta itu dijalankan dgn ~ kuasa elektrik; mempergunakan 1. = menggunakan; 2. memperlakukan utk tujuan atau kepentingan tertentu, memperalat: pelajar sepatutnya menimba ilmu di kampus tetapi mereka janganlah sampai dipergunakan oleh mana-mana parti politik, hatta parti kerajaan yg memerintah;gunaan bidang pelajaran yg ada kegunaan praktiknya: sains ~; kegunaan 1. faedah, guna: undang-undang itu dibuat utk ~ seluruh rakyat; 2. yg digunakan: semua kertas ~nya dapat dibeli; segala alat ~ menebas pd zaman itu dibuat drpd batu; pergunaan ark 1. pemakaian: ~ alat jentera menghendaki modal yg besar; 2. faedah, guna: Paderi David Haex telah menyusun kamus Melayu-Latin utk ~ menyiarkan agama Kristian; penggunaan 1. perihal (perbuatan, kegiatan, dll) menggunakan sesuatu: ~ kata itu tidak sesuai dgn ayat ini; 2. pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan, dll); kepenggunaan segala hal mengenai pengguna (barang-barang dll): nasihat-nasihat ~; pengguna orang dll yg menggunakan: tumbuh-tumbuhan ialah penyimpan bahan makanan, haiwan ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
adabbudi pekerti yg halus; tingkah laku yg baik; budi bahasa. kurang ~ tidak tahu adat; kurang sopan. beradab 1 baik budi bahasanya; sopan: Orang yg ~ tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. 2 telah maju tingkat kehidupannya. peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
adabbudi pekerti yg halus; tingkah laku yg baik; budi bahasa. kurang ~ tidak tahu adat; kurang sopan. beradab 1. baik budi bahasanya; sopan: Orang yg ~ tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. 2. telah maju tingkat kehidupannya. peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa.Kamus Pelajar
kandung1 karung kecil tempat menyimpan wang (emas dll); kantung; pundi-pundi: Dia mengeluarkan wang dr ~nya. 2 pundi-pundi peranakan; rahim. mengandung 1 membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2 berisi; bermuat: Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3 hamil. mengandungi menjadi sbg kandung kpd: Gelas ~ air. mengandungkan sedang mengandung (anak); membuntingkan; menghamilkan: Dia sihat semasa ~ anak sulungnya. terkandung sudah dikandung; terdapat di dlm sesuatu; termuat: Dia mencurahkan segala yg ~ dlm hatinya. kandungan 1 apa-apa yg termuat di dlm sesuatu; isi: ~ buku itu sangat baik. ~ hati apa-apa yg tersimpan (tersirat) dlm hati; isi hati. 2 anak atau bayi yg masih dlm rahim ibu. 3 kantung tempat anak dlm perut ibu; rahim.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bestari1 berpendidikan baik lagi luas pengetahuannya; baik budi pekertinya: muda ~ muda lagi luas pengetahuannya. 2 beroperasi berbantukan komputer dan kemudahan teknologi maklumat (bkn sekolah, sistem dsb): sekolah ~. membestarikan menjadikan atau menyebabkan bestari: Banyak usaha yg dijalankan utk ~ sistem pengurusan syarikat itu. kebestarian keadaan atau sifat bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ seseorang dpt menaikkan imejnya di mata masyarakat. pembestarian perihal atau perbuatan membestarikan: Mereka menitikberatkan ~ sistem pengurusan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
busuk buditidak baik budi;Kamus Dewan Edisi Keempat
sopan1 baik budi bahasanya; baik perangai dan tingkah lakunya; beradab: Jika ada tetamu datang, kamu hendaklah sentiasa ~. 2 hormat dan takzim: Tetamu itu disambutnya dgn ramah-tamah lagi ~. bersopan berlaku sopan: Kita hendaklah sentiasa ~. menyopankan menjadikan sopan: Mereka berusaha ~ remaja bermasalah itu. kesopanan keadaan atau hal sopan; tutur kata (tingkah laku dll) yg sopan: Perbuatan mereka sudah melanggar ~ timur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bestari1. cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik; muda ~ muda dan baik budi pekertinya (berpengetahuan dll); 2. beroperasi dgn berbantukan komputer, teknologi maklumat dsb (bkn sistem, sekolah dsb): sekolah ~; membestarikan menyebabkan atau menjadikan bestari: pelbagai langkah sudah diambil utk mencapai sasaran itu termasuk ~ sistem yg berkaitan dgn pengurusan; kebestarian perihal memiliki ciri-ciri bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ sesuatu bangsa yg tidak pernah dikalahkan oleh bangsa lain; pembestarian perihal (proses, perbuatan dsb) membestarikan: ~ konsep persekolahan itu amat penting kerana perkembangan pesat dlm sains dan teknologi.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas